-->> Kid'S LeRRa aLoWeRRa <<--

Assalamualaikum pembuka bicara.. Kids di sini ingin mengutur kata... Jika ada terlanjur bicara.. Mohon maaf kids pinta...

Kepada kawan Kids di alam maya... atau lebih sedap orang panggil di alam BLOG.. hehe.. Kids masih baru dalam bidang menulis blog.. Jadi semua entry yang kids buat masih sangat mentah.. Tak sehebat blog-blog yang lain.. Jadi kids minta jika ada salah perkataan, kids minta tegurlah kids.. Kids terima semua dengan hati yang terbuka.. Kerana setiap manusia tak lepas dari membuat kesilapan..


Wajah Dia bermain di MINDA....



Kids nak Story satu Story... Story ni melibatkan seseorg yg kids kenal kat FacebOOk... Hukkk.. Muka BuKu bak Kate NajWa LatIf.... =='' WARNING !!! bukan pasal cinte ok.. tapi kids rase kids yang jatuh cinte kat die... cam gini cite die.. hoooh. ayat.. kemah2.. bermulanya kisah........

Kawan kids bernama Comel (bukan name sebenar..) die ade tagged.. n berkenalan dengan seseorg ni.. lelaki lah.. name die.. Hamba ALLAH... lepas kenal kat tagged.. comel ni kenal pulak die kt fb.. n tibe2 je Hamba ALLAH ni add kids sebgai kwn die.. kids terima lah.. sebab kids berkenan dengan DP die.. Comel.. kemas je care die berpakaian.. Hamba ALLAH ni sekolah kat teknik Rompin... Teknik?? hmmm.... biler bace die tulis name skolah die teknik... kids teringat kat someone.. tp hanya sementara.. ahhh.. lupekan !! Ok.. jadi kami kenal2 lah.. lame gak kami kenal... ade lah dalam dekat sebulan tak silap kids.. kids pun x ingat... Nak tgk gambar die? hehehe... NO WAY !!! hanya kids je boleh tgk !! hahaha... tanye sangat.. sengal sungguh.... ==''


nak dijadikan cerite lah... Kids suke b'kwn dgn die.. tak pernah pun die nak marh kids... kids pun byk gak tanye soalan ntah pape.. tp die jwb je.. Satu je kids xleh tahan.. die duk pahang.. huh !! pahang!! negri yg paling kids xsuke.. sbb ade kenangan PAHIT yg kids takkan lupekan sampai mati.. bg kids.. semue budak pahang jahat.. tp die ni lain... die baik sgt.. smpai satu tahap.. kids simpan gambar die dalam phone KIds... harap2 die tak tahu.. yg ni kids tak berani nak cakap kat die.. takut die anggap kids yg bukan2... 

Mase tu skali.. die tukor gambo dp die..  Satu hari tu.. kids beranikan diri bagitau kat die.. yg kids suke tgk gambar die yg die pakai baju teknik tu... hensem sangat.. mak kids pun berkenan... Tp kids xpernah terpikir yg die akan jadi milik kids... tak de rase pun.. ckit pun x.. sbb kids hanya anggap die tak lebih dri seorg sahabat...  alih2... die tuko baik gambar dp die yg asal... kids geram rase tgk muke die.. rase cam nak cubit2 je.. kalau kids letak sini.. kopem ramai terpikat.. tp kids pikir gok.. org mcm die ni... layak ke untuk aku? haaa... tu lah kids pikir... hmmm..care die chat dgn kids.. mcm die ni ade hati kat kids... tp kids hrp sgt.. die tak de hati kat kids... kids xnak.. hmmm.. xtau lah.. tp kalau kami ade jodoh... kids sangat suke.. sangat bersyukur.. sangat berterima kasih kepada ALLAH.. sbb temukan kami... die terlalu baik... kids ni pun.. bukannyer baik sgt.. skali skale tu ade lh...

Namun... setiap hari wajah die tu asyik bermain2 di pikiran kids... tak pernah hilang dari pandangan mate kids.. mcm die ni terlalu istimewa buat kids... tp kids pikir secare rasional... kids takkan terburu2... kids akan tggu die yg luahkan dulu.. baru kids akan berikan jawapan.. cewaaahh.. mcm nak nikah pun ade.. xde r... nok nikah amse blajo... result SPM pun xdpt ag.. ade hati nok kat org gitu... pi giiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dah.... sengal...
Kids hrp die tak terbace entry ni... hrp222222222222222222222222 sgt2.... satu lg perkare fakta yg kids nk bg tahu... sebelum kids tidur.. kids akan tatap wajah die puas2 dlm phone... baru lah tidur...
itu saja.. sekian wasalam......

Menatap indahnya senyuman.. di wajahmu...


Kids Lerra


(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

♥●•٠• 4 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR...


♥●•٠• 4 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR...

1- Tidur dengan berwudhu'.

RASULULLAH SAW bersabda mafhumnya :
"Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwudhu'lah dengan wudhu' kamu untuk bersolat, kemudian baringlah di atas rusuk kamu yang kanan"
[Al-Bukhariy/ 6311 , [Muslim/ 2712]

2- Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.

Daripada `A'isyah radhiyallanha `anha berkata mafhumnya :
RASULULLAH SAW apabila mendatangi katilnya setiap malam, dia mengumpulkan dua tapak tangannya, kemudian menghembus pada kedua-duanya, dan membaca pada kedua-duanya : Qul huwALLAHU ahad, Qul a'uzu birabbil-falaq, dan Qul a'uzu birabbin-nas. Kemudian dia menyapu dengan kedua-dua tangannya pada apa yang dia mampu daripada tubuhnya, dia bermula dari atas kepalanya dan mukanya sehingga apa yang sampai daripada tubuhnya. Dia melakukannya sebanyak tiga kali. [Al-Bukhariy/ 5018]

3- Membaca takbir, tasbih dan tahmid apabila masuk tidur.

RASULULLAH SAW berkata kepada Fatimah ketika Fatimah meminta agar diberikannya seorang pembantu :

"Mahukah aku tunjukkan kamu berdua terhadap apa yang lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu, maka bertakbirlah ( Allahu akbar ) 33 kali, dan bertasbihlah ( Subhanallah ) 33 kali dan bertahmidlah ( Alhamdulillah ) 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu "
[Al-Bukhariy/ 6318] NOTA: Bertakbir ialah menyebut Allahu akbar. Bertasbih ialah menyebut Subhana Llah. Bertahmid ialah menyebut Al-hamdu liLlah.

4- Solat witir

Dari Ibnu Abbas dalam Musnad Ahmad antara maksudnya :
Kekasihku sallallahu `alaihi wasallam mewasiatkan tiga perkara kepadaku (yang tidak akan aku tinggalkan sepanjang hayatku) ; berpuasa 3 hari setiap bulan, mengerjakan 2 rakaat solat dhuha dan bersolat witir sebelum tidur.
( Hadis Dhoif )

p/s : Selamat BERAMAL. dan selamat MALAM ( LAILAH SAI'DAH )..^________^




Muhasabah diri...




Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul... ALLAHUMMA SOLIA'LA SAIYIDINA MUHAMMAD WAA'LA ALIHI WASAHBIHI WABAARIK WASALIM.. 7x Mari kita sama-sama selawat ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W.. :-)  


BIODATA RASULULLAH SAW  


• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim 


• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) 


• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah  


• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim  


• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf  


• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)  


• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)  


• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN


• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN


• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)


• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN


• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.


• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 


• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN


• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.


• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah. USIA 25 TAHUN


• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 


• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 


• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 


• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN


• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.


• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN


• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN


• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.


• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN


• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


=====>>> Dia Muhammad -> iN-TeaM

Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam
Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti
Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai 
Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat
Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna
Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa
Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya

Selawat ke atas Nabi..
Kids LerrA

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Beli Buku iLmiah..


kids bukan nak riak.. tak berniat pun.. cuma untuk berkongsi dengan kamu semua..
Kids bercuti di KL bersama keluarga 3 hari.. Duk kat Pinggiran Batu Caves..
Nak dijadikan cerita.. Hari last berada di kl.. mama kids berhenti kat kedai buku..
Kiteorg pun keluar lah kejap.. cari2 buku.. kids sebenarnya nak cari buku ==>>


tapi tak jumpa.. sedih.. huhuhu.. :(
dulu dah beli buku ni.. tapi macam mane boleh hilang.. sedih sangat.. kids suke bace buku ni..
kalau boleh nak baca due tige kali.. kids harap satu hari nanti.. buku ni ade kat tgn kids semule.. he3..
oleh kerana terlalu sedih sebab tak dapat cari buku tu.. tibe2 kids teringatkan kakak kids..
dia nak sangat buku Hadis 40.. tapi tak jumpe.. kids pun try cari kat kedai buku ni.
akhirnya jumpe.. walaupun sedih sebab tak dapat cari buku SINERGI tu.. tapi.. bile baca buku ni..
Jiwa kids tersentap.. terasa malu dengan ALLAH s.w.t... sebab selama ni kids terlalu taksub dengan duniawi..
Sebenarnya itu cumellah sementara.. yang kekal abadi ialah syurga ALLAH.. kids rasa sebak membaca
sehelai demi sehelai muka surat buku itu.. 

Kawan-kawan.. adakah korang tak nak keluarkan duit sebanyak RM 5.90 sahaja untuk membeli buku ini?? BELILAH... banyak manfaat yang kita dapat... :)

Hadis 40 Imam Nawawi
Kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

What's Your Name Contest



DAN
salam satu MALAYSIA...

ok.. Contest?? hehe.. kids dah lame tak join... maklumlah kesibukkan berkerja.. masa ada masa ni lah.. baru boleh join.. 
Duka cita kids nak maklumkan yang kids kalah dalam contest 
lepas tahu kalah.. kids rasa dah malas nak join contest,.. mungkin bukan rezeki kids kot..
tapi kali ni mungkin yang terakhir kids join...
ok....
Pertama kalinya kids nak ucap terima kasih buat kawan alam maya kids yg dah lame tak berhubung.. iaitu Muhamad Nur Hazwan (Wan)
dia yang ajak kids untuk join contest ni.. tq2.. ^^-
terharu... ok lah.. xmoh sedih2.. jom kite teruskan acara kita..

kali ni contest dia..-->>

Nak join? Tekan banner..
ok.. done follow n like.. ^^





untuk contest ni kids kene bagi makna nama kids..
err... jom lah kita tgk same2..

Nama : 
Anis Ainina

Makna :
Kawan yang baik dan mata yang cantik.. 

Kisah disebalik nama...
Nama tu.. Mama kids yang bagi.. Semua nama adik-beradik kids bermula dengan nama Anis.. yang uniknya nama kids ni ialah dengan adanya nama AININA... sebab mama kids suka tengok teddy bear masa dia mengandungkan kids.. Sekarang pun beliau cakap mata kids cantik dari adik beradik yg lain.. Kawan2 pun cakap macam tu.. Kids bersyukur sangat sebab dapat anugerah tuhan yang tidak ternilai itu..
Disebalik maksud kawan yang baik tu.. hmmm kids tak mampu nak cakap ape.. sebab kids ni pun bukannya baik sgt.. tp ramai kawan2 kids suke berkawan dgn kids.. dieorg ckp kids ni baik.. comel.. peramah.. murah hati.. pemurah.. dan macam2 lagi lah.. itu pun kids dah cukup bersyukur sebab dapat kawan2 yang memahami.. itu saja yang dapat kids kongsikan..

Tag untuk =>
Fikri  l   Atika  

Tarikh tutup 9 february 2012

Cepat2.. sebelum terlewat..
kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Pengalaman Pertama Aku Dikacau Hantu


Amaran : Jangan cuba untuk menambahkan tahap saspen dengan mendengar lagu Stress sambil membaca. Dan sila baca dalam keadaan bilik yang terang-benderang (sebab membaca dalam keadaan gelap akan merosakkan mata).

Ramai diantara kawan-kawan aku yang memang dah sedia ada pengalaman dikacau hantu. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah belajar di sekolah asrama.

Tetapi aku mula bertemu dengan makhluk halus pada usia yang muda... Pengalaman pertama aku dikacau hantu berlaku ketika aku berumur 8 tahun. Tahun 1991. Tahun itu, tahun pertama aku dan adik aku tidur berasingan dari bilik bapa dan mak aku.

Ia berlaku pada satu malam. Aku tak berapa ingat, apa terjadi pada awal malam itu, tapi aku rasa yang aku masuk tidur tanpa mencuci kaki.

Aku memang selalu terlupa untuk cuci kaki. Gosok gigi pun aku selalu buat-buat lupa.

Malam itu, setelah mengucapkan (menjerit sekuat hati) 'Selamat malam' kepada seisi rumah, aku masuk ke bilik tidur.

Aku kunci jam loceng, sebab perlu ke sekolah keesokkan pagi.

Lepas tu aku selimutkan semua bantal-bantal.

Ah, baru boleh tidur dengan aman..

Tidur dengan aman. Tidur dengan aman. Tidur dengan aman.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh dalam jam 5.30 pagi.

'Pak!' bunyi benda jatuh tu.

Aku tak berani buka mata luas-luas, jadi aku buka mata kecil-kecil.

Aku nampak makhluk berwarna putih seolah-olah sedang bertenggek berhampiran dengan meja tulis aku. Aku takut. Rasa mahu menjerit, tetapi macam ada gumpalan stokin dalam tekak.

Bila aku nak jerit, suara berdegil tak mahu keluar. Damn you suara!

Meja tulis aku terletak di sebelah tingkap, menghadap ke katil. Jadi, makhluk serba putih itu berada betul-betul di hadapan aku, dan ia kelihatan seolah-olah sedang tertunduk sedikit.

Sampai bila-bila aku tak akan lupakan visual itu.

Sampai bila-bila.

Aku pejam mata kuat-kuat dan menyanyikan lagu 'My Favourite Things' dalam hati. 

habis menyanyikan lagu itu aku sudah terlelap semula..

Zzzzzz...

Aku terjaga semula pada jam 6.30 pagi. Jam loceng kejutkan aku. Aku lihat meja, makhluk putih sudah tiada... Aku lari capai tuala dan terus ke bilik mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

Di dalam kereta, sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, aku memberitahu mak aku tentang kejadian mistik yang aku alami. Raut wajah mak aku berubah dari ceria ke risau bila mendengar cerita tentang makhluk serba putih yang duduk di sebelah tingkap bilik aku. Aku lihat reaksi mak aku seolah-olah dia merahsiakan sesuatu dari aku. Seolah-olah dia tahu mengenai makhluk serba putih itu. Seolah-olah dia juga pernah ternampak makhluk putih itu. Seolah-olah dia tahu yang bilik tidur aku sebenarnya 'berpenghuni'.

Mak aku kata, 'Imaginasi kamu je tu Jebon.. Jangan fikirkan sangat okay.' sambil kucup dahi aku dan aku turun dari kereta dan melangkah longlai masuk ke pagar sekolah. (Bila perlu ke sekolah, memang langkah aku longlai. Aku tak suka pergi sekolah)

Sepanjang hari aku asyik terfikir tentang makhluk serba putih itu dan mengapa mak aku tak mahu berterus-terang sahaja pada aku tentang bilik tidur aku yang sememangnya haunted.

Sejak dari hari itu, aku tak tidur di bilik sendiri lagi. Aku heret adik aku Nombor 2 untuk bersama-sama tidur di bilik bapa dan mak aku.

Aku trauma.

Selama seminggu aku tak dapat tidur dengan tenang. Kadang-kadang aku buat-buat mengigau. Aku akan buat-buat meracau 'Tidak! Tidak! Jangan! Jangan!' Saja nak buat bapa dan mak aku gelabah.

Masuk minggu kedua, barulah mak aku berterus-terang.

Walaupun aku tak suka dengar kebenaran yang terpacul dari mulut mak aku ketika itu, aku menerimanya dengan hati yang tabah.

Makhluk serba putih yang duduk di meja tulis aku adalah mak aku yang bertelekung (baru selesai sembahyang subuh) dan sedang periksa buku latihan aku kut-kut ada homework yang aku tak buat.

Tak boleh ke periksa buku latihan waktu petang?


Hampeh punyer story !!




Kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

eSoK LuSe TuLaK...


hAAA??? kids kenapa dengan esok luse tulak huh? buat suspen jerpp..
cepatlah bagitau! hehe..
kids nak pi KL jer............. lame tak jenguk KL..
macam mane lah rupe KL sekarang yee??
ok lah... wasalam...

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Selawat Murah Rezeki


Aikkk.. belum tidur lagi kids ni.. ayooo... Tahu dah tak sihat.. pi lah tidur! ni tidak.. nak buat jugak entry..
Jangan marah kids.. hehe..
OK malam ni kids dengar Selawat Murah Rezeki..
Indah sungguh suara mereka.. Mari kita bersama-sama dengar selawat ni..
Bagi sesiapa yang nak dengar je..
kids tak paksa... ^^


ok.. kids ingin mengundur diri..
Kalau panjang umur.. kids buat entry lagi..
Entry last untuk hari ni... nak tidur dah ni..
ok kali ni betul2 kids nak tidur... tak tipu... betul..
tuhan marah kite menipu... hehehe...
ok lah.. selamat malam...

Tidur~~
Kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Masa Untuk Kids Tidur!!


ok.. Tengok jam.. sudah pukul 11.. Masa untuk kids tidur.. Sebab kids pun tak berapa nak sihat..
Demam dah baik.. Cume batuk je lah.. tak hilang2 lg.. Sabo jer lah.. dugaan.. ^^
Orang cakap sakit itu NIKMAT.. kids tabah hadapinya.. Doakan kesihatan kids ya kawan2...
Kalau sebelum tidur kids akan dengar lagu yang dapat mendamaikan hati..
Supaya bangun pagi esok.. Rasa diri ini baru lahir ke dunia ALLAH ni..
itu bagi kids lah.. Kalu tak dengar lagu.. Kids dengar zikir.. Selawat.. dekat utube..
Tenang sikit jiwa dan raga ni.. Perkara2 buruk yang berlaku hari ni.. lenyap macam tu saja...
Jom.. sebelum tidur.. kita dengar zikir ini dulu...



Wasalam... Mohon maaf jika ada salah dan silap..
Kids sayang semua.. ^^
 haip2... jangan lupa basuh kaki n baca doa tidur...
selamat malam.. Barakallah...
Sweet dream..
semoga dirimu dirahmati ALLAH...

Hati yang Bersih  dan   Jiwa yang tenang...
Kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Bila Dia BUkan UntuK KU...


Kids rasa nak buat something yang lain dari yang lain..
sebelum ni kids hanya post yang kids tulis dari hati kids je..
tapi yang ni.. kids cube untuk berkongsi sedikit ayat2 indah yang kids jumpe..
Harap2 korang tak bosan.. Kids sekadar berkongsi.. kalau korang semua nak berkongsi..
SILAKAN... kids mengalu-alukan...

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati
“sesungguhnya kaulah yang Maha Pengasih lagi mengetahui tentang hambamu.”




Islam agamaku..
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Alhamdulillah Aku Berjaya!!!


Siapa yang berjaya?? Kids?? nope..tapi kita semua yang berjaya...

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v
V
V
v
v






Jom, kita mendaki bersama..(✿◠‿◠) ♥ selawat 3x 0k
┊  ┊  ┊  ┊  ┊  
┊  ┊ ┊ ┊ ☆
┊  ┊ ┊ ★
┊  ┊ ☆
┊  ★


☻ / °.¸¸.•´¯`» Alhamdulillah!! Aku berjaya...!!
/▌
/ \ سُبْحَان اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلّهِ وَ لآ اِلهَ اِلّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُ
██
╬╬
╬╬
╬╬ \0
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Ya Allah, supaya aku
╬╬// terus istiqomah..
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬// وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّة ِ الَّا بِاللّهِ الْعَلِىّ الْعَظِيْم
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Ya Allah, kuatkan aku..
╬╬//
╬ ╬
╬ ╬
╬ ╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌
╬╬//
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬\O
╬╬/▌ Mampukah aku??
╬╬/\
╬╬
╬╬
╬╬
╬╬..\☻
╬╬.. ▌\ Mulakan pendakian itu kerana Allah SWT..
███/\...........☻
██████ ..... /▌\
█████████ /\ للَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
⋰⋱
"Orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu..
orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal..
orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas..
untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang..
ibarat mendaki bukit yang tinggi,
hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercuuuu......."




Berkongsi ilmu amalan mulia...
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM !!!


Kenapa perempuan ada RAHIM?? Kenapa? Kenapa? dan Kenapa??
Luangkan masa anda untuk membaca artikal ini.. Kids jumpa dalam fb..
Jangan tengok sepintas lalu je.. Bace sampai habis.. hehehe..
Perempuan atau lelaki.. Baca je.. Tak ada unsur negatif pun!
ini untuk kebaikan kite semua jugak.. Ok lah malas nak ganggu masa membaca korang..


Dah lah tu.. gi kat bawah... :p


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......




Semoga bertambah ilmu di dada..
Kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Blog Klasik..


kawan2... haa.. 
tadi kids tengah jalan-jalan kat google.. (cari gambar.. biase lah hobi!!)
Lepas simpan beberapa gambar yg berkenan di hati.. kids pun search lah kat google..
Macam mana cara nak buat doodle... then kids ade tertekan satu blog ni.. blog ape ntah tak ingat..
tapi rasenyer blog WanHazel ... lepas tu kids bacelah kat komen2.. byk sungguh komen...
kids berkenan dengan satu nama ni. jadi kids pun tekanlah name die..
lepas tu bukak lah blog die.. alangkah terkedu + terkejut + terkesimanya kids... bile tgk blog die..
Unik gila kot.. tak pernah lagi tengok blog seUNIK macam tu...
berkenan pulak dengan blog dia ni..

l
l
l
v
v

hihi... unik kan?? nak tgk lebih jelas.. tekanlah gambar tu..
kids terpikir.. macam mane lah die buat.. pening kepala pikir.. dah lah tengah demam...
hehe... kreatif sungguh lah... 
dalam2 duk blogwalking selama ni.. blog ni lah yang telah berjaya buat kids terkedu bila melihatnya..
blog lain pun ok juga... tapi yang ni terlebih ok pulak.. hehe..
ok lah.. time untuk tidur.. esok keje.. ok lah..
assalamualaikum..


--->> maaf sebab buat entry pasal ni.. ==''

Mencari rakan baru..
Kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Cute Hello Kitty 2