-->> Kid'S LeRRa aLoWeRRa <<--

Assalamualaikum pembuka bicara.. Kids di sini ingin mengutur kata... Jika ada terlanjur bicara.. Mohon maaf kids pinta...

Kepada kawan Kids di alam maya... atau lebih sedap orang panggil di alam BLOG.. hehe.. Kids masih baru dalam bidang menulis blog.. Jadi semua entry yang kids buat masih sangat mentah.. Tak sehebat blog-blog yang lain.. Jadi kids minta jika ada salah perkataan, kids minta tegurlah kids.. Kids terima semua dengan hati yang terbuka.. Kerana setiap manusia tak lepas dari membuat kesilapan..


Contest Kreatif Menulis Bersama HOB Sebuah Pertemuan FANA..


ASSALAMUALAIKUM.W.B.T....
haip2.. semua dah ready nak baca cerpen yang kid's buat??
hummmm..
Kid's tak tahu sedap ke tidak cerpen ni..
Ayat pun tak berape nak betul..
Tak sedap ke.. Sedap ke..
Korang baca dulu..
lepas tu bagilah komen...
terima kasih..




kalau sape2 nak join..
klik gambar kat atas..







1=> Anis Ainina (atas kiri)
2=> NorAin Shawati (atas kanan)
3=> Nik Faezah (bawah kiri)
 4=> Fatin Afiqah (bawah kanan)


                    Empat sahabat yang sudah lama berkawan sejak dari tadika lagi. Mereka sentiasa bersama walau kemana jua mereka pergi. Tamat tadika, masuk sekolah rendah mereka berpisah. Sorang mengikut ibu yang merupakan seorang guru sekolah rendah. Tiga lagi yang lain masih lagi bersama, tetapi lain-lain kelas. Cukup menyeksakan bagi mereka berempat. Tapi semasa berpisah mereka masih lagi kecil dan tidak mengerti apa-apapun lagi erti persahabatan sebenar. Empat tahun berpisah, masing-masing sudah tidak rapat macam dulu lagi. Masing-masing ada kawan baru, kawan baik, kawan segalanyalah. Hampir saja mereka melupakan persahabatan mereka itu.

                 Pada tahun 2005, mereka bertemu kembali dalam satu sekolah baru dibina iaitu, Sekolah Rendah Kebangsaan Kerteh 2. Dimana dahulu, Anis bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Petronas semasa darjah satu dan dua. Masuk alam darjah tiga, dia terpaksa berpindah sekolah atas desakan keluarga. Sekolah barunya iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Baru. Dapat lagi kawan baru, masa itu Sekolah Rendah Kebangsaan Kerteh 2 belum lagi siap. Pada tahun 2004 pula, Anis minta untuk dipindahkan semula di Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Petronas kerana tidak tahan dengan gangguan-gangguan aneh.

                Kisah persahabatan mereka masih lagi samar-samar, kerana masih lagi berlainan kelas. Anis dan Nik satu kelas. Fatin dan Ain pula satu kelas. Tapi masing-masing sudah seperti tidak mengenali sesama sendiri. Mungkin sudah lupa akan persahabatan mereka dahulu kala. Masuk tahun 2006, Ain dinaikkan ke kelas yang sama dengan kelas Anis dan Nik. Tetapi tetap saja mereka macam tahun lepas, tidak mengenali sesama sendiri. Mereka berkawan macam biasa, masing-masing mempunyai kawan baik sendiri. Walaupun begitu, mereka tetap bercakap dan bertegur sapa. Tiba hari mendapat result UPSR, mereka menangis melihat result masing-masing. Mungkin jua akan berpisah lagi, tetapi tuhan masih lagi inginkan persahabatan mereka kekal. 

               Masuk sekolah menengah mereka masih lagi bersama, tetapi yang menyedihkan juga mereka tidak sama satu kelas. Nik masuk kelas ke dua, Anis dan Ain kelas sama, dan Fatin pula kelas yang ke tiga. Namun begitu, mereka saling bertegur sapa, bergurau senda, bergelak ketawa dan sebagainya. Masuk pertengahan tahun, mereka berempat menjadi akrab semula. Pergi sekolah naik basikal bersama-sama, walaupun rumah Ain jauh dari rumah Anis,Nik dan Fatin. Mereka bertiga sanggup menunggu Ain disebatang pokok tidak jauh dari sekolah, sambil menunggu mereka berbual sesama sendiri. Walaupun sudah keterlewatan, mereka tidak kisah. Biarpun didenda, mereka tidak kisah. Asalkan jangan salah seorang dari itu kena denda. Tak sanggup melihatnya. 

                   Anis dan Ain duduk sebelah-menyebelah dalam kelas. Mereka mula rapat semula, dan sering kali juga berceritakan kisah mereka semasa di tadika.

            "Anis, mung ingat dok lagi mase kite tadika dulu? Kita rapat kan?" Ain berkata dengan riang.

                    Anis terkejut, Ain masa ingat lagi? Kuat sungguh ingatan dia, aku sudah tidak dapat mengingati lagi semua itu. 

            "Ingat gok lah sikit-sikit. Bakpe?" Anis pusing-pusing pen.

            "Ingat dok mung nangis sebab nok pindoh sekolah rantau dulu?" Ain gelak kuat. Anis terlompong.

            "Ye dok mung? Haha, lupalah pulok. Hok isu sensitif dakyoh lah diulangi lagi, dakyoh ingat lah." Meja menjadi mangsa contengan Anis.

            "Ye lah, aku gurau je. Lama doh dok gurau-gurau dengan mung." Ain menepuk lembut bahu Anis.

             "Hoo lah Cik kak." Anis tersenyum manis.

                   Mereka sama-sama ketawa. Rasa bersalah timbul dalam diri Anis, macam mana dia boleh lupakan semua tu? Ain tetap bersahaja, mungkin dia saja je buat macam tu untuk menjaga perasaan Anis. Cikgu masuk kelas, semua diam menyepi mendengar dengan teliti apa yang cikgu mengajar. Tapi Anis masih lagi memikirkan soal yang tadi itu. Mata memandang cikgu, tapi otak tak dapat menangkap setiap kata-kata cikgu itu. Bulan februari telah pun tiba, sekolah membuat satu kempem gotong-royong. Anis dan sorang lagi kawan sekelasnya bernama Nor Syawati pergi ke tandas untuk mengambil gambar seseorang yang menjadi ingauan Syawati. Tetapi orang yang diminatinya sedang membersihkan tandas lelaki, takkanlah mereka nak masuk ke situ. Syawati memanggil seorang senior kami yang namanya Amar untuk mengambil gambar itu. Senior itu sudah tingkatan 4, kami baru saja tingkatan 1. Anis menghulurkan telefon bimbitnya kepada Amar untuk mengambil gambar orang yang Syawati minat itu. Semasa memberikan telefon bimbit itu, tiba-tiba satu perasaan yang aneh datang menerpa Anis. Namun Anis tolak jauh-jauh perasaan itu.

                   Semenjak kejadian itu, Anis mula rasa suka kepadanya. Tetapi takkanlah dia nak pergi kat Amar dan memberitahu tentang perasaannya itu? Cepat-cepat dia buang perasaan itu, perasaan ingin berkawan dengan seniornya itu cuba dicarinya. Mereka mula berkawan nak dekat akhir-akhir tahun. Semasa majlis akhir tahun berlangsung, dia meminta Nor Syawati mengambil gambar Amar untuk membuat kenangan. Dia tidak berani untuk berhadapan dengan Amar, tidak tahu kenapa. Amar tampak segak memakai baju melayu berwarna biru laut memikat hati Anis untuk menyimpan gambarnya. Sampai sekarang Amar tidak tahu akan hal itu, biar sajalah Anis dengan dunianya sendiri. Oleh sebab itu, persahabatan antara mereka menjadi tidak tentu arah. Anis jatuh cinta? Macam mana dia boleh melupakan persahabatan mereka macam tu saja?

                    2008 menjelang tiba, Nik dan Anis masih lagi di kelas yang sama. Cuma Ain diturunkan kelas kerana merosot dalam pelajaran. Merosot dalam pelajaran atau kerana memikirkan persahabatan mereka? Itu hanya Ain saja yang tahu. Semakin hari, Anis tidak lagi bersama kawan-kawan naik basikal ke sekolah. Setiap hari ibunya lah yang sering menghantar dia ke sekolah, sungguh dia telah melupakan sahabat-sahabatnya. Tapi mereka tetap bertegur sapa. Kalau berjumpa mulalah bising, tapi itu cuma sementara sahaja. Anis sudah tidak lagi bersama mereka, Anis mendapat kawan baru dan menumbuhkan kumpulan Funny Girl. Empat orang juga termasuk dia., tapi dia tidaklah jadi lupa diri. Cuma dia hampir melupakan Ain,Nik dan Fatin. Mereka bertiga pun sudah tidak lagi mengganggu hidup Anis, Anis sudah tidak lagi berkongsi masalah suka duka kepada 3 sahabat lamanya itu. Mudah sungguh dia melupakannya.

              "Anis dah tak ada dalam kumpulan kita lagi Fatin, Nik." Ain menguis-nguis pasir pantai.

              "Ye lah, dapat kawan baru. Kawan lama dia buang macam tu saja." Fatin berdiri tegak memandang keindahan pantai. Air matanya hampir mengalir.

             "Itu ke nama SAHABAT??" Nik mendongak memandang langit.

                   Mereka semua diam tak bersuara. Membawa diri ke pantai untuk menghilangkan rasa sedih kerana kehilangan seorang sahabat yang amat mereka sayang. 

                   Anis cuba contact tiga sahabatnya itu, tetapi tidak ada jawapan. Takkan disebabkan dia jatuh cinta, persahabatan mereka berkecai macam tu saja? Senior tu pun sudah tamat sekolah, Anis pun sudah hilang rasa suka terhadapt seniornya itu. Anis hampa, sekarang sudah masuk tingkatan 3. Mereka memang sudah tidak bersama lagi walaupun Ain dapat naik kelas yang sama dengan Anis. Mereka tidak rapat macam selalu, habis exam PMR mereka diam tak ada khabar berita. Anis gelisah, sampai macam tu sekali mereka melupakannya. Walaupun dia mempunyai kawan baik yang lain, namun Anis masih lagi sentiasa mengingati sahabatnya itu. Anis juga sering menyanyikan lagu tentang sahabat seorang diri bagi mengingati rakan-rakannya itu.

              "Di sini kita pernah bertemu, Mencari warna seindah pelangi, Ketika kau menghulurkan tanganmu, Membawaku ke daerah yang baru, Dan hidupku kini ceria...."


                    Anis mengesat air matanya dengan tangan. Muzik Instrumental dimainkan, Anis menyanyi mengikut rentak.

               "Kini dengarkanlah, Dendangan lagu tanda ingatanku, Kepadamu teman, Agar ikatan ukhuwwah kan Bersimpul padu, Kenangan bersamamu, Takkan ku lupa, Walau badai datang melanda,Walau bercerai jasad dan nyawa."

                     Gambar rakan-rakannya dipandang sepi, lalu dia tersenyum dalam tangisan. 

               "Mengapa kita ditemukan, Dan akhirnya kita dipisahkan, Mungkinkah menguji kesetiaan, Kejujuran dan kemanisan iman, Tuhan berikan daku kekuatan, Mungkinkah kita terlupa, Tuhan ada janjinya, Bertemu berpisah kita, Ada rahmat dan kasihnya, Andai ini ujian, Terangilah kamar kesabaran,Pergilah derita hadirlah cahaya..."

                       Lagu Untukmu Teman - Brothers menjadi pilihannya sewaktu itu. Anis sedih,hampa, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang terkeluar juga air matanya tatkala melihat gambar-gambar itu. Hari mendapat result PMR sudah tiba, result tidaklah memberansangkan sangat. Cukup makan saja, ditakdirkan Nik kelas Prinsip Akaun, Anis dan Ain kelas Perdagangan, manakala Fatin pula kelas Landskap. 


                        Dua tahun mereka menyepi, Anis cuba menegur sahabatnya itu. Cuma jelingan tajam saja yang dia dapat. Dia akur dengan semua tu, apa lagi dia boleh buat? Cuma berdoa kepada yang maha mengetahui. SPM sudah tamat, Anis rasa kesunyian walaupun dia masih lagi ada kawan yang lain. Masalahnya itu tidak pernah dia bercerita kepada rakan-rakan yang lain. Dia masih ingat janjinya dengan Fatin, Nik dan Ain bahawa jangan menyimpan masalah sendirian, berkongsilah kesedihan,kesakitan dan kegembiraan sama-sama. Jangan cerita kepada orang lain selain mereka sahaja. Anis masih berpegang teguh dengan semua itu, tentang penyakit yang dihidapinya itu masih menjadi rahsia terbesar. Semua belum tahu termasuk keluarganya sendiri. Anis pergi ke taman permainan yang berhampiran dengan rumahnya dan atur langkah ke buaian. Dia duduk di situ sambil termenung panjang. Tudung besarnya berkibar-kibar ditiup angin, cermin mata dibaiki letak. Dia mencapai telefon bimbitnya, nombor Ain dicari. Dial...


                "Hello Ain!" Anis hampir menjerit, ni kali ke 20 dia cuba menelefon Ain. Akhirnya angkat juga.


                "Kak Ain tak ada kak Anis." Syahiela, adik Ain yang menjawabnya.


                "Haaa? Kak Ain pergi mana Sya?" Anis berhentikan ayungan buaian.


                "Errrrr, dia pergi balik rumah Mak Su. Katanya dia akan tinggal di situ untuk mencari kerja." Syahiela menutup mulut, Ain menangis perlahan. Anis terkedu, dia mendengar ada orang menangis di sebelah Syahiela. Dia angguk dan tersenyum pahit.


                "Kalau macam tu, tak apa lah. Kalau dia contact kamu, cakap kat dia. Kak Anis rindukan dia sangat-sangat,  kalau kak dah mati suruh dia doakan al-fatihah untuk kak. Terima kasih dik Sya. Assalamualaikum.." Anis mematikan talian, tanpa mendengar maklum balas dari Syahiela.


                "Kak Ain! Tengok tu apa yang kak dah buat. Tak baik tau!" Syahiela beredar masuk ke rumah. Ain menangis teresak-esak.

                "Anis, maafkan aku..." Ain menangis sepuas-puasnya di beranda rumahnya.


                         Anis mengeluh berat. Dia tahu Ain ada dengan adiknya itu, mungkin Ain cuba mengelak untuk bercakap dan berjumpa dengan dia. Bukan Ain saja, malah Fatin dan Nik juga sebegitu. Anis menjadi tak tentu arah, sampai macam tu sekali dia dipinggirkan. Dia cuba dial nombor Fatin, tapi hanya pesanan suara berbunyi. Anis menunggu dengan sabar untuk meninggalkan pesanannya kepada Fatin.


                 "Hello Fatin. Aku tahu mung maroh lagi kat aku kan? Sekalipun mung membenci aku, janganlah berdiam diri macam ni. Aku tak sanggup lagi nak tanggung kesedihan ni. Aku tak nak mung semua diam macam ni, mane pergi kawan-kawan aku yang dulunya ceria, gembira? Aku rindukan saat-saat tu. Kalau mung tak suka aku yang sekarang ni, sekurang-kurangnya mari datang face to face dengan aku. Mung maroh lah aku, mung pukullah aku. Aku sanggup terima hukuman dari mung semua, aku tahu aku salah. Mung nok suruh aku terjun laut? Aku terjun. Tapi kalau mung nok suruh aku terjun dalam api, mungkin aku akan terjun tapi lepas tu kita takkan berjumpa lagi. Aku nak sangat-sangat jumpa mung semua. Errr.. Aduh..." telefon Nokia milik Anis terjatuh, berkecai telefon bimbitnya itu. 


                 Anis terasa  dunianya berputar. Dia rebah dari buaian dan tidak sedarkan diri. Sempat dia mendengar suara orang menjerit minta tolong, macam suara Nik. Dia tidak dapat menahan lagi, penglihatannya gelap. Dia pengsan di riba Nik.


             "Kenapa dengan Anis?" Ain tiba di hospital bersama dengan Fatin. Termengah-mengah dai dibuatnya kerana berlari.


             "Dia tiba-tiba je pengsan dekat taman permainan dekat dengan rumah dia tu. Masa tu aku baru balik dari kedai, dan ternampak ada orang terjatuh dari buai. Aku berlari pergi dekat dia, terkejut aku bila tengok orang tu Anis." Tersekat-sekat suara Nik menerangkan perkara sebenar.


                        Ain terduduk di lantai, baru saja tadi dia mendengar suara Anis dalam telefon. Sengaja dia suruh adiknya buat pembesar suara supaya dia dapat mendengar sekali. Dia berdoa di dalam hati, moga-moga itu bukan kali terakhir dia mendengar suara Anis. Fatin sandar badanya di tepi dinding. Balik dari kerja, dia mendapati ada dalam 30 misscall dari Anis. Dan satu pesanan suara, sebak dia mendengar apa yang Anis bicarakan. Timbul rasa bersalah dalam dirinya, tangannya ditumbuk-tumbuk perlahan di dinding. Nik tak beranjak dari tempat duduknya, matanya tak lepas memandang bilik ICU yang menempatkan Anis. Dalam beberapa minit kemudian, seorang Doktor lelaki keluar dari bilik itu. Dia bagaikan tercari-cari seseorang. Mereka bertiga menghampiri doktor itu.


               "Assalamualaikum Doktor.." salam diberi serentak oleh mereka bertiga.


               "Waalaikumussalam.." Doktor Faris membalas salam sambil tersenyum.


               "Doktor cari siapa?" laju Ain bertanya.


               "Ada diantara kamu ni ahli keluarga Anis?" Doktor Faris bertanya lembut.


               "Tak, kami kawan dia. Keluarga dia tak tahu lagi ni, kami tak nak mereka risau. Kenapa dengan Anis doktor? Bagitahulah kami.." Fatin bercakap perlahan, nadanya seperti mengharap yang doktor itu akan memberitahu keadaan Anis.


                "Kami memerlukan darah, kerana Anis kekurangan darah sekarang. Dia menghidap penyakit barah otak, setakat ini baru saja pada peringkat pertama. Dia memerlukan banyak darah, kerana badannya sangat lemah sekarang. Ada diantara kamu ni yang berdarah B?" Doktor Faris menerangkan dengan berhati-hati supaya tidak membuatkan kawan-kawan Anis tu risau.


                       Mereka berpandangan sesama sendiri, semua menunjukkan riak muka terkejut. Ain geleng kepala, Fatin tunduk memandang lantai manakala Nik pula memalingkan wajahnya ke kanan sambul tangannya menyapu air mata yang hampir menitis.


              "Ambil saja darah saya doktor." Ain menawarkan diri.


              "Saya pun." Fatin juga.


              "Saya pun.." Nik pun sama.


                        Doktor Faris senyum melihat mereka bertiga, kuat sungguh ukhuwwah persahabatan mereka ni. Kawan dalam kesusahan sanggup menolong walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan yang merbahaya. Antara mereka bertiga, hanya Ain saja yang darah sama dengan Anis. Ain dibawa masuk ke bilik ICU, untuk mengambil darahnya. Dia memandang Anis yang terbaring lesu atas katil ketika dia dibawa masuk tadi. Sebak dia melihat keadaan Anis yang penuh dengan wayar-wayar itu. Kalau Anis tersedar,mesti dia mengamuk. Anis masa suka masuk hospital, ni kan pula kene belit dengan wayar-wayar. Ain tersenyum sendiri. Selepas semuanya selesai, mereka bertiga meminta kebenaran untuk melawat Anis. Fatin duduk di sebelah kanan Anis, ada kerusi disediakan. Ain duduk di sebelah kiri Anis. Nik pula duduk di hujung katil Anis. Kain yang menutupi setiap katil pesakit itu ditutup rapat, biar mereka dengan Anis saja yang menghadapi saat-saat kesedihan itu. Suasana di hospital itu sunyi sepi, semua sudah tidur. Ada yang sedang makan ubat, ada juga yang sedang menonton tv. Fatin buka beg sandang Anis, terkejut dia bila terlihat ada empat gelang tangan yang sangat cantik reka coraknya dan di situ tertulis nama mereka berempat dan juga FANA. 

           "Weh! Korang tengok ni apa yang aku jumpa dalam beg Anis ni." Fatin bersuara perlahan supaya tidak menggangu tidur Anis.  Ain dan Nik menghampiri Fatin. Mereka juga terkejut. Sebak hati mereka, Anis masih lagi mengingati mereka walaupun sudah lama tidak bertegur sapa. Sampai sanggup buat gelang tangan ni, tapi mereka masih lagi rasa hairan. Apa benda FANA tu?


             "FANA tu apa dia haa??" Ain garu kepala.


             "Mana aku tahu, kita tunggu Anis sedar dululah macam mana pun. Aku tak dapat nak fikir apa-apa sekarang ni. Fikiran aku terganggulah." Fatin menyandarkan badannya ke kerusi. Nik dan Ain hanya angguk kepala. Mereka akur dengan keputusan Fatin tu. Ain pegang tangan Anis, dia menangis sambil memegang erat tangan sahabatnya itu.


              "Anis, kenapa mung rahsiakan semua ni? Kan kita janji doh, tak ada rahsia antara kita. Takkan mung dah lupa? Penyakit ni bahaya tau, nasib baik baru peringkat pertama. Masih lagi boleh dirawat, mung memang sengaja tak nak cerita kat kitaorang ke? Atau mung dah anggap kitaorang ni tak wujud?" Fatin dan Nik hanya berdiam diri. Ain teresak-esak menangis, tangannya masih lagi tidak lepas dari memegang tangan Anis. Tidak lama selepas itu, dia dapat merasa pergerakan di tangan Anis. Dia cuba memanggil Anis.


               "Anis! Anis! Anis! Fatin, Nik. Tangan dia gerok tadi, aku rasa." Ain merasa-rasa tangan Anis, Fatin pun turut memegang tangan Anis. Nik menghampiri Anis, bagaikan seorang doktor. Dia merasa denyutan jantung Anis, mulutnya menguntum senyuman gembira.


                "Panggil doktor!" Nik terjerit kuat. Fatin berlari keluar mencari doktor.


                        Anis pandang seorang demi seorang kawannya itu, mulutnya cuba untuk senyum tapi dia tak berdaya. Tangan cuba diangkat, terketar-ketar tangannya itu. Ain, Fatin dan Nik serentak memegang tangannya. 


                "Anis, mung ok?" Ain bertanya perlahan. Anis mengangguk lemah.


                "Semalaman mung tidur tau dok? Doktor kata esok ni mung boleh balik doh, jangan risau. Aku minta kebenaran tadi yang kita tiga orang akan jaga mung. Aku kabo doh kat mok ayoh mung yang mung tidur rumoh aku malam ni. Mereka bagi, mung jangan risaulah ye. Aku dengan yang lain dok tidur malam jaga  mung tau dop? Kitorang ingat mung sedor doh semalam, rupanya itu cuma pergerakkan kecil saja." Fatin menerangkan segalanya kepada Anis. Anis cuba untuk senyum, dia mengagahkan diri untuk senyum. Akhirnya senyuman manis dihadiahkan kepada kawan-kawannya itu. Mereka bertiga tersenyum riang. Perlahan-lahan mereka melepaskan tangan Anis. Laju saja mereka mengeluarkan buah tangan yang dibeli semalam. Lalu dihulurkan kepada Anis.


                  "Banyaknya.." serak suara Anis menahan sakit.


                  "Untuk mung, apa saja kami sanggup beli asalkan dapat dengar suara mung pun dah cukup.." Nik bersuara.


                  "Aku tak ada apa nak bagi lah." Anis garu kening.


                           Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum. Serentak mereka menunjukkan lengan masing-masing didepan Anis sambil tersenyum gembira. Anis terkejut, dia pandang sahabatnya dengan penuh tanda tanya. Mereka bertiga gelak perlahan.


                  "Aku terjumpa gelang ni dalam beg mung. Jadi kitaorang pakailah, tak apa kan?" kata Fatin sambil meletakkan buah tangan yang dibelinya atas meja.


                 "Cuma gelang tangan buruk je. Korang bagi. Buah, coklat, teddy bear, kain, tudung. Mahal tu, gelang tangan tu tak berharga tau.." Anis merendah diri.


                 "Siapa cakap tak berharga? Aku pang dia sampai jatuh longkang, berani cakap tak berharga..!" Nik berdiri sambil menunjukkan isyarat lempang kepada kawan-kawannya. Tergelak mereka berempat.


                 "Hahaha, mengarut doh Mek Nik ni. Tapi cuma gelang tu pun dah buat mung semua ni happy?" Anis menyoal.


                 "Bukan itu saja, senyuman mung pun dah cukup buat kami happy tau. Dah lama aku dok tengok mung senyum macam tu." bersungguh-sungguh Ain menerangkannya. Fakta tu! Bagi dia je lah.


                 "Mung semua ni memang sahabat sejati. Hug me, Hug me! Terharu ni." Anis mendepan tangannya. Mereka bertiga ketawa riang dan memeluk Anis. Sampai ada juga yang menangis melihat mereka ni, dan tak lupa juga mereka doakan persahabatan mereka.


                    Anis sudah boleh keluar dari hospital keesokkan harinya, maknanya hari ni lah. Fatin yang menjadi driver mereka hari tu, sebaik saja Anis dibenarkan keluar. Mereka terus saja bergerak ke pantai untuk mengambil angin.


                    Ain menolak kerusi roda Anis sampai di penghujung jalan, lalu mereka sama-sama memimpin  Anis pergi ke bawah pokok tempat mereka selalu lepak. Sampai saja di situ, Fatin menghampar tikar, Nik menyediakan makanan. Ain masih lagi memegang Anis, bila saja semua siap Ain dudukkan Anis dengan perlahan. Dia pun turut duduk sama. Sedang asyik berseronok, Ain teringatkan perkataan FANA yang tertera di gelang yang dipakainya itu. Sudah lama dia nak tanya Anis, tapi tak ingat. Masa dah ada ni, apa lagi? Bolos je lah!

            
           "Anis, ape kebendanya FANA tu?" Ain garu kepala.

           "Ho'oh.. Mung ingat lagu pergi tak kembali ke?" Fatin tahan gelak.
         
           "A'ahlah.. Dunia yang FANA.. akan ditinggalkan.." Nik menyanyi ikut rentak lagu itu.

           "Bukannlah! Maksud FANA tu, gabungan nama kita berempat." Anis cuba menerangkannya.

           "Kalau nak gabung name kite empat orang, panjang tu! FatinAnisNikAin.. Mana mung dapat FANA tu?" Ain menyambung. Anis mengeluh, lurus sungguh dia ni sorang. Nik pun sama.
          
           "Hah! Kejap!"

                   Semua pandang Fatin tidak berkelip. Fatin tersenyum memandang Anis. Anis angkat kening, Ain dan Nik menunggu ayat seterusnya.

             "Aku tahu kenapa FANA. F tu huruf depan nama aku, 2 huruf A tu depan nama Anis dengan Ain, N tu pula huruf depan nama Nik. Jadilah FANA, bagus gok idea mung Anis! Aku setuju..!" Fatin menjerit sambil menepuk tangan.

             "Ye gok orp.. Aku pun setuju gok! Setuju sangat-sangat." Ain menjerit gembira.

             "Aku pun!!" Nik angkat tangan.

             "Dan aku pun dah buat satu blog untuk kita empat orang."


                    Yang lain terdiam sebentar, semua pandang tepat ke arah Anis. Anis hanya tersenyum manis.

             "Blog tu dah lama aku buat. Dari tahun lepas lagi, tapi aku lama tak bukak. Sebab tak pandai sangat berblogging tu. Aku belajar dari seorang blogger ni macam mana cara nak menghias blog, lama-lama tu baru aku tahu macam mana. Start bulan julai aku mula membuat entry. Kalau korang nak tengok, jom lah kita pergi CC." Anis bercerita dengan riang.

              "Anis, aku ingat mung dah tak ingat kat kitaorang lagi." Ain berseloroh.

             "Ye lah, sebab tu aku dok berapa nok layan mung doh." Fatin menyambung. Nik angguk.

              "Mana ada, aku tak pernah lupakan kawan-kawan aku yang ni. Korang tetap dihati tau! Jangan ingat aku akan lupakan mung semua. Cuma aku ingat mung semua je yang dah lupakan aku." Anis menerangkan perkara sebenar.


              "Tapi kenapa mung dok kabo yang mung sakit ha?" Nik cekak pinggang.


             "Haaa.. Betul tu, kan kita dah janji tak ada rahsia antara kita." Fatin pun ikut sekali.


             "Hampir terlupa aku nak tanya mok cik ni." Ain join sekaki.


             "Bukan apa, masalah ni terlalu besar untuk aku. Aku tak nak mung semua risau, tu je." Anis menundukkan kepala.


                      Fatin menepuk bahu Anis. Sambil berkata.


                "Jangan lagi rahsiakan apa-apa ya. Nasib baik kitaorang dah tahu, kalau tak mesti kita dok sama-sama macam ni hari ni." Fatin membaiki tudungnya.


                 "Aku janji.." Anis menunjukkan isyarat janji kepada 3 sahabatnya itu. Mereka menyambut dengan gembira.

                 "Dengar ni ya." Anis minta semua kawannya duduk. Dia mengeluarkan sehelai kertas, dan membaca isinya.

              "Seorang Teman adalah anugerah tuhan untuk kita,kemana dia pergi kita akan mencarinya,dari mana dia datang, Kita tak perlu tahu,kemana dia menghilang, kita pasti akan merinduinya.." Anis membaca dengan berhati-hati sambil bibirnya menguntumkan senyuman,

                   Fatin tongkat dagu, Nik senyum, Ain angkat tangan. Semua mata tertumpu ke arahnya. Dia bangkit dan menarik Anis untuk duduk di tempatnya.

               "Ok, aku pulak!" Semua ketawa dan memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

               "Ehem..  Hebat mana pun percintaan kita, Jangan sesekali abaikan Persahabatan. Kerana yang selalu didengar orang putus cinta. Tapi jarang didengar orang putus kawan."

                     Semua terdiam tatkala mendengar ucapan Ain itu. Ada yang sampai menitiskan air mata. Dia menyambungnya kembali.

             "Kau adalah segalanya bagiku, kau adalah nafas bagi tubuhku, kau adalah cahaya bagi hatiku, kau adalah sumber imajinasi yang bersemayam di dalam benakku. Senyummu adalah tetesan embun yang membasahi kedua bibirku dan menjagaku dari dahaga, suaramu adalah doa bagi jiwaku yang terus saja gelisah, belaianmu adalah kelembutan bagi hatiku yang mengeras batu dan dekapanmu adalah kehangatan bagi hidupku yang sunyi, dingin dan sepi."


            Mereka bertiga menepuk tangan sambil bersorak gembira. Duduk tepi pantai memang nyaman sekali. Hanya mereka berempat saja yang berada di situ, bunyi desiran ombak tidak mengganggu keseronokkan mereka malah membuatkan jiwa mereka lagi gembira dan damai.

                "Aku nok nyanyi dengan Nik!!" Fatin bangkit.

               "Bereh, Ain bagi gitar tu." Ain menghulurkan gitarnya kepada Fatin, Anis pula mengulurkan botol air kepada Nik. Mereka berdua duduk jauh sedikit, berbincang lagu apa yang nak dinyanyikan. Lepas dua-dua tu sepakat mereka menghampiri rakan yang lain. Anis dan Ain menunggu dengan sabar.

                "Terimalah, Season In The Sun.. Nyanyian WestNikFatin!!!" Kata Nik dan Fatin serentak.

               "Hahaha.. Rosak nama group orang." Ain dan Anis gelak kuat.

               "Biarlah, ok terimalah sahabatku.." 

                       Anis dan Ain menepuk tangan, Fatin duduk atas pasir. Manakala Nik memilih untuk berdiri. Not gitar dimainkan. Nik dan Fatin mula menyanyi.

                 "Goodbye to you my trusted friend, We've known each other since we were nine or ten, Together we've climbed hills and trees, Learned of love and ABC's, Skinned our hearts and skinned our knees, Goodbye my friend it's hard to die, When all the birds are singing in the sky, Now that spring is in the air, Pretty girls are everywhere, Think of me and I'll be there."

                       Masuk saja korus, mereka menyanyi bersama-sama.

                 "We had joy, we had fun, we had seasons in the sun, But the hills that we climbed
Were just seasons out of time....."

                        Mereka sangat enjoy dan gembira. Nik teruskan menyanyi solo.

                  "Goodbye Papa please pray for me, I was the black sheep of the family, You tried to teach me right from wrong, Too much wine and too much song, Wonder how I got along, Goodbye Papa it's hard to die, When all the birds are singing in the sky, Now that the spring is in the air, Little children everywhere, When you see them, I'll be there.."

                      Anis dan Ain bangkit lalu memeluk Nik dan Fatin. Mereka pun menyanyi bersama-sama lagi sekali.

                 "We had joy, we had fun, We had seasons in the sun, But the wine and the song, Like the seasons have all gone, We had joy, we had fun, We had seasons in the sun, But the wine and the song
Like the seasons have all gone.."
   
                 Fatin pula menyanyi seorang. Nik meletakkan tangannya yang memegang botol tu depan mulut Fatin.

             "Goodbye Michelle my little one, You gave me love and helped me find the sun, And every time that I was down, You would always come around, And get my feet back on the ground, Goodbye Michelle it's hard to die, When all the birds are singing in the sky, Now that the spring is in the air, With the flowers everywhere, I wish that we could both be there.."

                       Mereka sambung kembali menyanyi bersama..

              "We had joy, we had fun, we had seasons in the sun, But the hills that we climbed, Were just seasons out of time, We had joy, we had fun, We had seasons in the sun, But the wine and the song, Like the seasons have all gone, We had joy, we had fun, We had seasons in the sun,........."

                        Mereka berasa sungguh gembira kerana dapat kembali semula. Hanya maut saja yang dapat memisahkan persahabatan mereka. Angin pantai bagai tahu saja kegembiraan yang mereka kecapi, ombak pantai bagai mengerti keseronokkan mereka, daun-daun berguguran bagaikan menyambut hari bahagia mereka.

                Betullah kata orang..

                   KaWaN mAcAm HoT FM , sEbAb DiA LeBiH haNgAt DaRiPaDa YaNg BiaSe, JuGa MaCaM nTv7, SeBaB DiE CeRiA SeLaLU, TaPi MaCaM Tv3,SeBaB DiE SeNTiAsA DiSiSi, YaNG PaLiNg pENTinG, Kawan MaCaM Tv9 seBaB iA…….


                                     DEKAT DI HATI~~~
              Anis pula ingin menyanyi. Mereka akan mendendangkan lagu Sebuah Pertemuan - UNIC.. Dan di situ jugalah Anis mendapat Idea untuk membuat nama kumpulan mereka..
         "Ketika diri mencari sinar,Secebis cahaya menerangi laluan,Ada kalanya langkahku tersasar, Tersungkur di lembah kegelapan , Bagaikan terdengar bisikan rindu, Mengalun kalimah menyapa keinsafan, Kehadiranmu menyentuh kalbu, Menyalakan obor pengharapan.." 
          "Tika ku kealpaan, Kau bisikkan bicara keinsafan, Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan... Saat ku kehilangan keyakinan, Kau nyalakan harapan,Saat ku meragukan keampunan Tuhan, Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala, Menitis airmataku keharuan, Kepada sebuah pertemuan, Kehadiranmu mendamaikan, Hati yang dahulu keresahan.."

           "Cinta yang semakin kesamaran, Kau gilap cahaya kebahagiaan, Tulus keikhlasan menjadi ikatan,Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan, Titisan air mata menyubur cinta, Dan rindu pun berbunga,
Mekar tidak pernah layu, Damainya hati, Yang dulu resah keliru, Cintaku takkan pudar diuji dugaan,
Mengharum dalam harapan, Moga kan kesampaian kepada Tuhan,Lantaran diri hamba kerdil dan hina.."


            "Syukur sungguh di hati iniDikurniakan teman sejatiMenunjuk jalan dekati-Nya,Tika diri dalam kebuntuan, Betapa aku menghargaiKejujuran yang kau beriMengajarku mengenal ertiCinta hakiki yang abadi, Tiada yang menjadi impianSelain rahmat kasih-Mu Tuhan,Yang terbias kepada ketulusan, Sekeping hati, seorang Insan Bernama teman......."

---------------@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@---------------

                     Itulah cerpen SEBUAH PERSAHABATAN FANA.... Kid's harap sedaplah cerita ni di mata kalian. Walaupun agak membosankan, kid's dah cuba sebaik yang mungkin.. Terima kasih kepada Wan kerana dialah yang mengajak kid's untuk join Contest ni. terimalah video ni...

Kamus Terengganu===>>

Mung => Kamu
Gok => Juga
Bakpe => Kenapa
Hok => Yang
Dakyoh => Tak payah
Pulok => Pula
Hoo lah => Ye lah
Maroh => Marah
Doh => Dah
Kabo => Beritahu
Dok => Tak
Pang => Tampar/Lempang
Ape Kebendanya => Apa itu
Ho'oh => Ye lah
Mung => Kamu/Kau/Awak

Kalau ade yang tertinggal tu bagitahu ye..

KOMEN DARI FB



amin yarabalalamin....

p/s : 90% dalam cerita ni adalah kisah benar.

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

10 Yang Sayang LeRRa:

Niahix_01 said...

Happy ending... hehe...

nway, nak tegur kalau yang ade dialog tu eyh kid's...

kalo boleh buatlah sape yang mengeluarkan kata2 tu...

sbgai contoh,
"bla...bla...bla..." kata si polan sambil korek gigi.

hehe...

itu saje, kisah benar kan...

Friend forever ye... ^^,

Niahix_01 said...

satu lagi, kid's jgn lupe tukar shoutbox tau...

n tinggalkan link entri yang ni kat blog owner contest tu... takut nanti dia x tahu... hehe...

^_^

aLoWeRRa KiD's said...

@wan niahix ok thanx wan... :)

SecReT AdMiRe said...

Wow.. terbaik~~!!!
saya suke lah kisah sahabat ni..
sedih..suka..gembira..
macam2 perasaan lah... :)
awak the best lah kids..!!!

F.A.N.A (^_^)v said...

ehem3... buat tentang kisah kite nampak... hehehe..
memang kisah betul.. tp 90% je..
pandai awak ea...
terima kasih lah sebab buat cerpen tentang kita..
kami bertiga sayang awak...
yang benar..

fatin-ain-nik....

ecah ^^ said...

Tersentuh saya membaca karya kid's..
terbaik lah kids.. saya harap kids menang.. amin.. insyaallah... ^^

aLoWeRRa KiD's said...

@SecReT AdMiRe Terima kasih awak... kids sangat terharu awak komen macam tu.. tak sangka pula kid's dapat buat semua orang tersentuh baca cerpen ni...
tq.. :')

aLoWeRRa KiD's said...

@F.A.N.A (^_^)v korang~~~~~!!!!
ehem2... sempat lagi komen ye.. bace kat lappy siap nangis lagi... hehe
sayang korang forever lah... =)

aLoWeRRa KiD's said...

@ecah ^^ Terima kasih.. insyaallah.. amin... harap2lah.. tp kids tak berharap sangat.. ade algi yang lebih bagus dari kid's..
btw.. thank...

Anonymous said...

best33.....sedih33....gumbira33....good luck33!!!! ^^

Cute Hello Kitty 2