-->> Kid'S LeRRa aLoWeRRa <<--

Assalamualaikum pembuka bicara.. Kids di sini ingin mengutur kata... Jika ada terlanjur bicara.. Mohon maaf kids pinta...

Kepada kawan Kids di alam maya... atau lebih sedap orang panggil di alam BLOG.. hehe.. Kids masih baru dalam bidang menulis blog.. Jadi semua entry yang kids buat masih sangat mentah.. Tak sehebat blog-blog yang lain.. Jadi kids minta jika ada salah perkataan, kids minta tegurlah kids.. Kids terima semua dengan hati yang terbuka.. Kerana setiap manusia tak lepas dari membuat kesilapan..


DeMam Lagi~~


haiya... demam..demam... dush..dush..
ayoo.. biler mau baik ma..
dah 3 hari kids demam... selseme tak baik2..batuk tak henti2..
sakit hidung ni.. merah dah rasenyer idung kids ni..
ma dengan abah gi kl.. tinggal lah sy sorg dare kat rumah ni..
tak ada orang nak temankan.. uwaaaaaaaa...
tapi dalam demam.. sibuk jugak berfacebook n bertagged.. gagaga
kids buat twitter.. tp tak reti nak gune lorhh... lagi bertambah sakit kepala.. huhuhu..
entry ni membosankan lah..
tak apa lah.. lain kali pulak.. tengah2 tak sihat ni lah nak buat entry..

ok wasalam...

Makan ubat..
kids lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

‎-Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya-





Perempuan : Awak.. Kenapa awak tak penah ajak saya tengok wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?


Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awak malu nak keluar ngan saya?

Lelaki : Mana ada..

Perempuan : Kenape kita tak pernah gayut malam2 macam pasangan lain?

Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kawan saya panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..

Lelaki : Saya tak pernah ajak awak keluar tengok wayang dengan jalan2 sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa boring nak keluar dengan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah".

------------------------------>>>>>>>>>>>>>>

pssstt : apa-apa pun kawenlah dulu ye! jangan nak menggatal sebelum bernikah.. pesanan dari kids untuk korang semua dan juga kids...

kids ambil dari fb...

^^
Kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

♥ KESALAHAN SEMASA MEMBACA AL-FATIHAH ♥




PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH

Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.

NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.



Perbaikilah Kesalahan anda...
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Muka Tak Malu..???








Dengan bangganya mengaku Islam kat religion facebook "Islam agamaku" . Tapi bila masuk kat album , penuh gambar seksi , penuh gambar dengan girlfriend atau boyfriend . Lepas tu dekat caption tulis :"I Love him/her so muchh.. Dia milik aku selamanya.. nak diaa ? langkah mayat aku dulu"

Muka tak malu ?

Mengaku dengan bangganya si boyfreind atau girlfriend awak hak milik awak? Tak ingat ke sapa yang cipta dia? Dia milik Allah,, bila2 masa Allah boleh ambil dia .

Muka tak malu ?

Dosa yang awak buat tuu? Peluk2 dengan bukan mahram? Dengan bangga awak tontonkan kepada semua manusia kat dunia ni.. masuk kat facebook ? Motif ?


sekadar berkongsi Ilmu..
Kids LeRRa

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

PRAMUGARI KOMA DI TANAH SUCI MEKAH...


---->>> Kawan-kawan.. Ambil masa korang sikit untuk membaca ini.. Harap dapat mengambil iktibar dari cerita ni.. ^^

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."



credit to => ShaaPunYeBlOg

insaf~~
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

JatUh ciNta?


Selamat Pagi  a.k.a .. gOOd MorNiG (Bahasa ibunda mesti diutamakan..)

KiDs LeRRa cipTa sejarah hari ni.. Buat entry pagi-pagi buta.. Sekarang tepat jam 8.30 am.. Jam dekat lap top kids.. hehe.. Hmmm... Kids tengah pikir, entry apa lah aku nak buat hari ni ya??? Pikir punyer pikir.. Ting Tong! Dah dapat.. Tengok tajuk kat atas.. huk3.. agak geDik tajuk entry kids tu.. Ahh lantak lah..

Nak dijadikan cerita, kids memang pernah jatuh cinta.. Tapi tak pernah lagi jatuh tangga.. Macam mane rasenyer jatuh tangga tu erkkk?? Hrrrr... minta dijauhkan lah.. Ok berbalik kepada cerita tadi.. JATUH CINTA??
bila tu kids lerra jatuh cinta?? Bila? When????? Hak3... Nak dengar kisah kids?? Opppss.. Nak dengar macam mane? Salah type lah.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menaip malas nak padam.. :p
Jom Baca kisah Cinta Kids Lerra ---------->>>>>>


               Kisah cinta pertama.. Kids jatuh cinta dengan Senior sendiri.. What?!! Senior? Biar betik Kids?? Hmmm.. Itu kisah benar.. Kids tak tipu.. Cerita dia macam ni.. Hari tu hari apa ntah.. Tak ingat.. Kisah ni berlaku masa tahun 2007 bersamaan hari gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.. Kelas kids kene bersihkan kawasan dewan (rasenye..)... Dewan bukanlah kotor sangat.. Just kemas-kemas kerusi dan sapu sampah sikit.. Lepas siap.. Kids dan dua lagi rakan jalan-jalan di sekitar sekolah.. Amboi jalan-jalan? Hehehe.. Cikgu tak ada masa nak marah sebab tengah sibuk membersihkan sekolah.. Hak33.. Nakal sungguh kids.. Then, kawan kids ni nama dia Alia (bukan nama sebenar) sukakan seorang senior(bukan yang kids suka) kami yang hanya tua setahun.. Alia ni terlalu sukakan Hayih (bukan juga nama sebenar..) Bak kata dia, Hayih ni muka seakan-akan Irwansyah.. Tapi memang betul pun, kids tengok pun sama je muka Hayih tu dengan Irwansyah.. Alia ni pulak nak sangat simpan satu gambar Hayih.. Tapi takkanlah si Alia tu bodoh nak pergi dekat Hayih minta gambar kan? Hahaha.. Jadi Alia ni pun minta tolong salah seorang senior kami yang masa tu tua 3 tahun dari kami.. Masa tu kids Form 1, senior tu Form 4.. Tua kan? Hik.. Tak tua sangat, hensem ade r.. Nama dia Arwan (bukan nama betul!).. Hehehe.. Dia pengawas pusat sumber sekolah.. Tinggi, hensem dan putih.. Kids tengok dia, dia tengok kids.. Alia pun bersungguh-sungguh minta tolong Arwan untuk ambil gambar si Hayih. Arwan bersetuju, tapi dia minta kamera atau telefon bimbit.. Alia masa tu tak ada lagi telefon bimbit, mujur juga kids bawak. Kids bagi lah si Arwan tu telefon bimbit kids... Masa tu kids tak rase apa-apa lagi.. Suka? No! Cinta? Lagi lah.. Lepas beberapa hari kejadian tu, kids tak sangka yang kids selalu terserempak dengan dia.. Ye lah! Satu sekolah.. Haiyooo.. Hak3.. bukan.. Maksud kids camni, dia selalu datang kelas kids.. Ntah kenape~~~ Gagaga.. Bila kids tengok muka dia.. Tiba-tiba datang perasaan yang tersangatlah aneh.. Pelik tapi benar.. Mungkin masa tu kids masih mentah dalam cinta.. Masa bulan puasa, kids tergerak hati nak hantar kad raya dekat dia.. Jadi kids hantar lah.. huhuhu..


Gedebom!! Bush!! Bagai nak luruh jantung kids.. Pagi kids masuk kelas, ade seorang kawan kids datang dekat dengan kids lalu dia hulurkan sampul surat besar berwarna putih. Depan tu dia tertulis..... (Ade larh.. Rahsia..) Nak ketawa? Tak terkeluar.. Nak senyum? Tak mampu.. Nak nangis? Gila! depan kawan tu.. Malu! Kids terharu sebenarnya sebab dia balas kad raya kids.. hehehe... Kat dalam kad tu dia tulis lah selamat menyambut bulan puasa ni.. bla..bla..bla... Lepas kids baca.. Mulalah kawan-kawan mula kaitkan kids dengan Arwan.. Malu! Dalam kad tu pulak kids tak perasan ada lukisan bunga.. Mungkin dia yang lukis.. Cantik lah! Macam mana awak buat erkk?? Hmmm.. lepas pada tu, tengok je muke die kids mula lah gelisah tak tentu pasal.. Adakah itu dinamakan cinta pandang pertama?? Gagaga.. Hampeh sungguh kids.. Bila kids bercakap dengan dia.. Mesti kids tunduk kepala.. Malu yoo!!! =='' Malu tapi Mahu sebenornya.. hehe.. Bulan puasa pun dah habis.. Tibalah pula umat islam menyambut hari raya aidilfitri.. Kids pakai baju kurung warna Hijau.. Dia warna biru.. Auww...Auww.. Hensem giler!! Bukan apa.. Kids nak cakap, kids suka tengok orang lelaki pakai baju melayu sebab dia lah.. Sebelum ni kids pun pernah tengok sepupu sepapak pakai baju melayu.. Biasa je.. Tapi bila tengok je Arwan tu pakai baju melayu.. Haihh.. Jiwa kids bergetar.. Memang indah sungguh ciptaan ALLAH s.w.t... Oleh kerana kids suka sangat tengok die pakai baju melayu, kids minta tolong kawan kids si Alia tu ambil gambar Arwan. Mula-mula kids tengok si Arwan tu macam teragak-agak nak ambil gambar.. Bila je Alia menundung jari ke arah tempat kids berteduh, dia terus cari tempat yang strategik untuk bergambar.. Kids mase tu hanya mampu tersenyum gembira.. Mungkin kids je yang perasan lebih masa tu.. Masa tu kami guna kamera biasa je.. Jadi kenelah pergi cuci kan? Hehehe.. Gambar dia yang berpakaian melayu tu, masih tersimpan kemas dalam Diary Zaman form 1 > 2 > 3 kids... :) Masuk form 4 beli yang baru.. Yang lama simpan buat kenangan.. Bila terbaca semula diary tu, kids ketawa sendiri.. Memang kebudak-budakkan betullah.. Kalau dia terbaca entry ni.. Kids nak minta maaf sebab mencintai dia.. Kids tak dapat nak halang perasaan ni.. Kids cuma manusia biasa.. =)


Masuk Form 2, kids isi borang untuk menjadi pengawas pusat sumber sekolah.. Ramai jugak kawan-kawan kids yang minta.. Kids berharap sangat dapat.. Bukan untuk dekat dengan Arwan.. Sebab kids nak galas balik tanggungjawab yang kids dah galas masa darjah 5 dan 6.. hehehe.. Jangan pikir yang bukan-bukan neh.. Kids ingat tak dapat.. Bila dapat tahu kids dapat, hati ni rasa cam nak terlompat-lompat je.. Hehehe.. Kids dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai.. Mula-mula nama kids tak tersenarai.. Tapi Arwan yang minta dengan cikgu PSS supaya kids boleh jadi pengawas PSS... Akhirnya.. Kids sarung jugak baju PSS.. lalalala... Dalam hati ni juga rase berbunga sebab dia tolong kids.. Tapi apa motifnya? Atau mungkin itu tipu belaka.. Kalau betul kan best... Masa perjumpaan pertama Pengawas PSS... kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. dalam kumpulan kids, tak salahlah kids dengan sorang budak laki ni je form 2 masa tu.. Yang lain semuanya tua dari kami.. Kene buat nama kumpulan, kene kenalkan diri masing2.. Kids bengang giler woookkk.. Ade ke patut dia panggil kids suruh pergi duduk depan semua orang dan perkenalkan nama kumpulan kids dan sebagainya.. GAGAGA... Tebal giler muke mase tu... Mase tu je.. hehe.. lepas tu kami kene buat ape ntah, ketua kumpulan kids sekelas dengan Arwan. Dia panggil Arwan untuk minta tunjuk ajar.. Si Arwan ni marilah kat meja kami.. Dia pun ajarlah macam mana nak buat.. Yang kids tak tahannya, dia berdiri dekat je dengan kids.. Tangan dia tu berapa kali tersentuh lengan kids.. Aiii.. ^^ 

  
Diri ni bagaikan terbang di langit biru kot... Terasa macam nak terbang macam anak ayam tu je.. >,<
Akhir tahun sudah datang! Tiba-tiba rase sedih menyelubungi diri.. Sebab tahun depan tak dapat nak tengok muka dia lagi~~ Tapi.. Satu kejadian yang berlaku dalam pusat sumber sekolah takkan kids lupa sampai bila-bila.. Macam ni kisahnya.. Masa dalam pusat akses cuma kids dengan dia je Pengawas yang pakai baju lengkap.. Cikgu Pss kami Puan Artina (not a real name!) =_-'' Panggil kids dan Arwan untuk angkat kotak nilam dan susun kemas.. Kids tak tengok sikit pun muka dia.. Malu!! Dah lah kene buat kerje dengan dia.. Bengang giler kot.. Dia berlagak selamber.. Cikgu Artina perasan yang kami hanya berdiam diri dari tadi.. Dia mulakan mukadimah..


Cikgu : Kids.. Arwan.. Senyap je.. Kenapa Kids? Awak malu-malu dengan Arwan? Orang gelar-gelar awak dengan dia ke? 

 Amik kau! Boleh kat Kids satu! Pipi ni bagaikan gunung berapi nak meletup tau! Bengang!! Ade ke patut cikgu tanya macam tu.. Depan Arwan pulak.. Arwan masih berlagak selamber.. Kids mula tak sedap hati.. Kids cuba untuk melegakan keadaan..

Kids : Mana ada cikgu.. Kitorang kawan je, tak lebih pun.. (bercakap sambil memandang kotak nilam..)

Arwan : Hmmmm.. Ramai lagi yang gelar saya dengan orang lain.. Termasuk jugak Kids.. (perlahan je suara dia.. Macam aku tak dengar!)

Cikgu : Haaaa.. Pandai doh erkk.. Tepat pilihan awak Kids..

Kids dengan muka bengang tahap gunung nak meletop, atur langkah pergi makmal akses semula.. Kids senyap pandang komputer... Bengong lah.. Kenapa aku lari tadi? Nampak sangat aku nak dekat dia.. Kids marahkan diri kids.. Lepas tu kids perasan dia masuk makmal.. Tapi kids buat tak tahu.. Dia duduk di kaunter.. Beberapa minit sebelum Pusat sumber nak tutup, salah sorang kawan Arwan nama Ahmad menegur Arwan yang sedang asyik berkhayal tu..

Ahmad : Wan.. Hebat..Hebat.. Pakai baju sama.. Ada makna lah tu..

Arwan : Tak ada maknanya..

Ahmad : Kau cakap nak bagitahu kat dia pasal hal tu..

Arwan : Dah dia anggap aku macam kawan dia je, nak buat apa aku cakap kat dia? Bazir air liur aku je. Redha je lah..

Boommm!! Rase cam dah meletop muka ni.. Aku salah dengar ke? Tak ada dah yang pakai baju sama dengan aku melainkan dia... Kids pandang muka dia, muka yang penuh dengan perasaan marah dan geram.. Takut pulak tengok.. Kids pandang kawan kids, Sai.. Sai jongket bahu.. Kids menung.. Lantas bangun dan berlalu meninggalkan pusat sumber.... Lepas pada tu, kids tak pernah lagi berharap nak terserempak dengan dia.. ---->>> Now! Dia dah belajar jauh-jauh.. Jauh dari terengganu.. Jauh sangat. Kids pun selalu godam2 fb die.. ekeke... jahat sunggguh.. Nak tengok dia update status je.. Kadang2 juga terserempak dengan dia kat tempat kerja kids.. Tapi boleh die buat tak tahu je.. Kids pun same.. hehehe... Tapi FAKTA kids nak cakap.. Sampai sekarang kids masih lagi suka kat dia.. Tapi biarlah kids yang rasa sorang2...


Itu saja kisah cinta kids dengan Arwan.. Bukannya bercinta pun.. Cuma suka dalam diam.. Apa yang dia rasa.. Cuma dia je yang tahu.. Apa yang kids rasa.. Cuma kids je yang tahu... Panjang kan?
kids tak kisah.. korang nak baca ke tidak.. Tapi kids puaslah dapat buat entry ni.. Puas sangat.. O_O

sekian saja entry ni.. Jika ada terlanjur perkataan.. Kids minta maaf dari hujung rambut.. Hingga hujung kaki..
Kalau umur panjang.. Kids akan cuba update Entry.. insyaALLAH...

Sekian Wasalam... ^^

Cinta Pertama Dan Terakhir~~!!
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Kids Suke BeRkawAn deNgan OraNG KuaT MeLatah


Hai semue..  anda sihat? kids pun alhamdulillah sihat walafiat..
cume letih je.. sebab berkerja..
Ok.. hari ni kids terpanggil nak buat entry pasal ni... Tengok tajuk pun dah tahu..
Haaa..
Kenape kids suke kawan dengan orang kuat melatah? Sebab kids suke kacau dorang..
hik3..
jahat sungguh kids ni kan?? oK Kids nak kongsi satu cerita kat korang.. tapi ni bukan cerita pasal kids atau kawan kids.. ni cerita kawan kids punyer kawan...hehehe... kawan kids punye kawan tu suke sangat melatah.. Tegur sikit je melatah, lelaki pulak tu.. Memang tergelak lah kids dengar cerita tu, tak sangka ada jugak orang lelaki ni melatah.. hak3.. ape2 pun.. bace cerita di bawah....




Si A seorang yang kuat melatah. Si B dan Si C suka sangat mengacau rakannya itu. Si A,B dan C berkerja di sebuah stesen minyak. Pada suatu hari, Si A ni kene isi minyak sebuah kereta Myvi. Dalam kereta tu pulak, banyak sungguh anak patung binatang yang digantung.. Dia asyik mengisi minyak kereta tu sambil matanya tidak beralih dari kereta itu. Syok sangat kot tengok banyak sangat. Si B dan Si C berpandangan sesama sendiri sambil menahan gelak. Mereka berdua perlahan-perlahan menghampiri Si A yang sedang asyik mengisi minyak, tidak sedar akan kehadiran rakannya itu.... Si B mulakan rancangan.. Dia mencokek pinggang Si A... Ape lagi, melatah lah Si A..

A: OPOCOT.. Nok so bear tu encik!! (Dia melatah sekuat hati.. Suara tu rasanya orang yang jaga kat kaunter pun boleh dengar..)

Si B dan Si C tergelak kuat.. Pemandu kereta tu hanya tersenyum...

---------------------->>>>>> Tamat <<<<<<------------------------

hak3... kelakar sungguh lah.. bagi kids lah... kalau bagi korang mungkin perkara biasa....
banyak lagi kisah lawak melatah ni.. tapi kids dah ngantuk lah.. hehe..
lain kali kalau ada masa.. kids akan kongsi cerita dengan korang lagi ye..

ok.. AHLAN-WASALAM..... ^^

Kids Lerra punyer cerita BORING!!
Kids Lerra...

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

KesiBuKan BerKErjA



Kesibukan berkerja..

Sejak kids berkerja.. 
Kids tak dapat nak jumpa kawan-kawan..
Lepak sama-sama..
Bergurau sama-sama..
Ketawa sama-sama..
Melawak sama-sama...
Bergambar sama-sama..
Berangan sama-sama..
Senyum sama-sama..
Jalan sama-sama...
Menyanyi sama-sama..

dan macam-macam lagi lah..
Kata orang..

"Janganlah kita abaikan zaman remaja kita..
Buatlah sesuatu yang baik agar kenangan di zaman
REMAJA
ialah kenangan yang paling indah buat diri kita..
Jangan pernah abaikannya.."

Kids rasa tertekan lah..
Nak berhenti.. sayang pula..
Sebab dah sebulan lebih kerje..
Takkan nak stop tibe2??
Arghhhhh!!!!
Ape nak buat.
Kalau ni lah ditakdirkan zaman remaja kids berakhir dengan berkerja..
kids kene tabah dan sabar hadapi semua tu..
Jumpa kawan pun sekali sekale..
Keluarga pun tak faham perasaan kids..

Ntah..
Kids tak nak cakap panjang..
Nanti lain pula jadinya.
ok lah..

Wasalam...

Kerja,,Kerja..Kerja..
Kids Lerra Miss all FRIEND.... :'(

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

From My LoVeLy fRieNd


Kawan-kawan..
Hari ni kids tak tahu nak buat entry ape..
tengah berFACEBOOK dengan kawan..
Dia ade bg banyak sangat gambar..
Comel pulak tu..
Kids pulak berkenan dengan gambar tu..
jadi di cni kids nak kongsi sikitlah gambar tu.. :D






ini lah die.. comel kan?
Jadi jangan copy paste..
kalau nak.. cari sendiri maaa...
hehehe.. ^^

kedekut sungguh kids lerra
kids LerrA =,O

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Cara nak masak Nasi Goreng Na...



hah..
Hari ni kids nak ajar korang camne nak masak nasi goreng NA..
yg kids buat sendiri..
Cara kids masak lain dari yg lain..
hak3.. (perasan!)
ok2.. xnak banyak cakap..
nanti terlebih perasan pulok!!

okey.. first -->>

Tahu ape ni?? haaa... letak lah margarine ni dalam 5 sudu kecil dalam kuali...

Then.. Tumis bawang...




Yaw.. telur! due biji sudah cukup maa...

Pecahkan dan goreng seperti dalam gambar ni...

Lepas tu, masukkan bahan-bahan basah... seperti ayam.. udang..
nok letok bnde lain boleh jugok.. ikut korang ler..

then.. u all gaul-gaul-gaul-gaul.......

haa.. ni lah rahsienyer.. kids gune bnde ni..

Nyum3..

Letak stok ayam pekat tu..

api jangan kuat sgt,, lau tak hangus nasi korang..

Then gaul-gaul-gaul-gaul...

Secukup rasA!! tambah sikit..

ini nasi putih ma... kaut nasi tu supaye jadi gini...

then letok dalam kuali...

Gaul2... gaul... gaul.. gaul...

Siap!!!


Itu saje yg kids mampu ajar.. hik3...
kalau nak buat warne merah jangan letak margarine..
gune minyak...

sekian wasalam...

Jom makan!

Tamboh dengan kepok lagi sedap..
Chef Kids memasak...
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Kau Milik Kids Lerra~~



Dah lama Kids impikan untuk mendapatkan awak..
Sekarang awak sudah sepenuhnya menjadi milik sayaKids..
Kids seronok sangat sebab awak sanggup bersama dengan Kids...
Kids harap awak tak timbulkan masalah macam yang lain ya..
Kids nak kita kekal buat selama-lamanya..
Kalau awak buat hal..
Terpaksa kids buang awak dari hidup kids..
Malam nanti, kita tidur bersama ya..
Kids akan belai awak..
Kids akan cium awak..
Kids akan............................

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
v
V
V
v
v
V
V

Kawan-kawan...
Jangan fikir yang bukan-bukan...
hehe...
Kids dapat something yang kids tak pernah berharap pun ia akan jadi milik kids..
nak tahu ape die tu??
jeng jeng jeng~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v
v
v
v
v
v
v


ini yang kids maksudkan sebenarnya..
ALHAMDULILLAH..
akhirnya kids dapat juga rasa samsung..
selame ni gune nokia.. csl.. now..
wow.. samsung galaxy young??
Korang mesti ada yang lebih hebat dari kids kan?
Kids tak kisah..
Kids suka sangat tau..
thanx mom..
i love you...

p/s : mak kita boleh bagi semua apa yang kita nak..
Tapi orang lain boleh ke????

Riang-ria bersama SAMSUNG GALAXY YOUNG..
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Komen Cerpen Dari FB..


Assalamualaikum Kid's Ucapkan kepada semua blogger2..
Harap hari ni kamu semua berada dalam keadaan sihat walafiat..
Ni kid's nak kongsi sikit komen2 dari fb..
Kid's sungguh tidak percaya..
Ramai yang memberikan jawapan yang positif..
Ada juga yang tak faham.. hehe
Maaf.. tapi kid's dah transletkan bahasa tu..
Boleh korang rujuk balik ya..

Semuanya diambil dari group SPM 2011..
Antara komen2..

Klik gambar untuk pergi ke fb beliau...

Klik gambar dan terus membawa anda ke fb beliau..

Klik saya untuk pergi ke fb..

Jangan lupa klik bagi sape2 yang ada fb..

Sape2 nak kenal.. jom pergi ke fb saya..

Mari jenguk fb saya...

Jom.. Tekan saya dan add saya.. :)
Itu saja.. kalau ada lagi yang komen.. kid's akan update..

Happy Kid's


(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Cute Hello Kitty 2