-->> Kid'S LeRRa aLoWeRRa <<--

Assalamualaikum pembuka bicara.. Kids di sini ingin mengutur kata... Jika ada terlanjur bicara.. Mohon maaf kids pinta...

Kepada kawan Kids di alam maya... atau lebih sedap orang panggil di alam BLOG.. hehe.. Kids masih baru dalam bidang menulis blog.. Jadi semua entry yang kids buat masih sangat mentah.. Tak sehebat blog-blog yang lain.. Jadi kids minta jika ada salah perkataan, kids minta tegurlah kids.. Kids terima semua dengan hati yang terbuka.. Kerana setiap manusia tak lepas dari membuat kesilapan..


Bila Dia BUkan UntuK KU...


Kids rasa nak buat something yang lain dari yang lain..
sebelum ni kids hanya post yang kids tulis dari hati kids je..
tapi yang ni.. kids cube untuk berkongsi sedikit ayat2 indah yang kids jumpe..
Harap2 korang tak bosan.. Kids sekadar berkongsi.. kalau korang semua nak berkongsi..
SILAKAN... kids mengalu-alukan...

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati
“sesungguhnya kaulah yang Maha Pengasih lagi mengetahui tentang hambamu.”




Islam agamaku..
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

0 Yang Sayang LeRRa:

Cute Hello Kitty 2