-->> Kid'S LeRRa aLoWeRRa <<--

Assalamualaikum pembuka bicara.. Kids di sini ingin mengutur kata... Jika ada terlanjur bicara.. Mohon maaf kids pinta...

Kepada kawan Kids di alam maya... atau lebih sedap orang panggil di alam BLOG.. hehe.. Kids masih baru dalam bidang menulis blog.. Jadi semua entry yang kids buat masih sangat mentah.. Tak sehebat blog-blog yang lain.. Jadi kids minta jika ada salah perkataan, kids minta tegurlah kids.. Kids terima semua dengan hati yang terbuka.. Kerana setiap manusia tak lepas dari membuat kesilapan..


♥●•٠• 4 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR...


♥●•٠• 4 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR...

1- Tidur dengan berwudhu'.

RASULULLAH SAW bersabda mafhumnya :
"Apabila kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwudhu'lah dengan wudhu' kamu untuk bersolat, kemudian baringlah di atas rusuk kamu yang kanan"
[Al-Bukhariy/ 6311 , [Muslim/ 2712]

2- Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur.

Daripada `A'isyah radhiyallanha `anha berkata mafhumnya :
RASULULLAH SAW apabila mendatangi katilnya setiap malam, dia mengumpulkan dua tapak tangannya, kemudian menghembus pada kedua-duanya, dan membaca pada kedua-duanya : Qul huwALLAHU ahad, Qul a'uzu birabbil-falaq, dan Qul a'uzu birabbin-nas. Kemudian dia menyapu dengan kedua-dua tangannya pada apa yang dia mampu daripada tubuhnya, dia bermula dari atas kepalanya dan mukanya sehingga apa yang sampai daripada tubuhnya. Dia melakukannya sebanyak tiga kali. [Al-Bukhariy/ 5018]

3- Membaca takbir, tasbih dan tahmid apabila masuk tidur.

RASULULLAH SAW berkata kepada Fatimah ketika Fatimah meminta agar diberikannya seorang pembantu :

"Mahukah aku tunjukkan kamu berdua terhadap apa yang lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu, maka bertakbirlah ( Allahu akbar ) 33 kali, dan bertasbihlah ( Subhanallah ) 33 kali dan bertahmidlah ( Alhamdulillah ) 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu "
[Al-Bukhariy/ 6318] NOTA: Bertakbir ialah menyebut Allahu akbar. Bertasbih ialah menyebut Subhana Llah. Bertahmid ialah menyebut Al-hamdu liLlah.

4- Solat witir

Dari Ibnu Abbas dalam Musnad Ahmad antara maksudnya :
Kekasihku sallallahu `alaihi wasallam mewasiatkan tiga perkara kepadaku (yang tidak akan aku tinggalkan sepanjang hayatku) ; berpuasa 3 hari setiap bulan, mengerjakan 2 rakaat solat dhuha dan bersolat witir sebelum tidur.
( Hadis Dhoif )

p/s : Selamat BERAMAL. dan selamat MALAM ( LAILAH SAI'DAH )..^________^




Muhasabah diri...




Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

2 Yang Sayang LeRRa:

Cute Hello Kitty 2