-->> Kid'S LeRRa aLoWeRRa <<--

Assalamualaikum pembuka bicara.. Kids di sini ingin mengutur kata... Jika ada terlanjur bicara.. Mohon maaf kids pinta...

Kepada kawan Kids di alam maya... atau lebih sedap orang panggil di alam BLOG.. hehe.. Kids masih baru dalam bidang menulis blog.. Jadi semua entry yang kids buat masih sangat mentah.. Tak sehebat blog-blog yang lain.. Jadi kids minta jika ada salah perkataan, kids minta tegurlah kids.. Kids terima semua dengan hati yang terbuka.. Kerana setiap manusia tak lepas dari membuat kesilapan..


JatUh ciNta?


Selamat Pagi  a.k.a .. gOOd MorNiG (Bahasa ibunda mesti diutamakan..)

KiDs LeRRa cipTa sejarah hari ni.. Buat entry pagi-pagi buta.. Sekarang tepat jam 8.30 am.. Jam dekat lap top kids.. hehe.. Hmmm... Kids tengah pikir, entry apa lah aku nak buat hari ni ya??? Pikir punyer pikir.. Ting Tong! Dah dapat.. Tengok tajuk kat atas.. huk3.. agak geDik tajuk entry kids tu.. Ahh lantak lah..

Nak dijadikan cerita, kids memang pernah jatuh cinta.. Tapi tak pernah lagi jatuh tangga.. Macam mane rasenyer jatuh tangga tu erkkk?? Hrrrr... minta dijauhkan lah.. Ok berbalik kepada cerita tadi.. JATUH CINTA??
bila tu kids lerra jatuh cinta?? Bila? When????? Hak3... Nak dengar kisah kids?? Opppss.. Nak dengar macam mane? Salah type lah.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menaip malas nak padam.. :p
Jom Baca kisah Cinta Kids Lerra ---------->>>>>>


               Kisah cinta pertama.. Kids jatuh cinta dengan Senior sendiri.. What?!! Senior? Biar betik Kids?? Hmmm.. Itu kisah benar.. Kids tak tipu.. Cerita dia macam ni.. Hari tu hari apa ntah.. Tak ingat.. Kisah ni berlaku masa tahun 2007 bersamaan hari gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.. Kelas kids kene bersihkan kawasan dewan (rasenye..)... Dewan bukanlah kotor sangat.. Just kemas-kemas kerusi dan sapu sampah sikit.. Lepas siap.. Kids dan dua lagi rakan jalan-jalan di sekitar sekolah.. Amboi jalan-jalan? Hehehe.. Cikgu tak ada masa nak marah sebab tengah sibuk membersihkan sekolah.. Hak33.. Nakal sungguh kids.. Then, kawan kids ni nama dia Alia (bukan nama sebenar) sukakan seorang senior(bukan yang kids suka) kami yang hanya tua setahun.. Alia ni terlalu sukakan Hayih (bukan juga nama sebenar..) Bak kata dia, Hayih ni muka seakan-akan Irwansyah.. Tapi memang betul pun, kids tengok pun sama je muka Hayih tu dengan Irwansyah.. Alia ni pulak nak sangat simpan satu gambar Hayih.. Tapi takkanlah si Alia tu bodoh nak pergi dekat Hayih minta gambar kan? Hahaha.. Jadi Alia ni pun minta tolong salah seorang senior kami yang masa tu tua 3 tahun dari kami.. Masa tu kids Form 1, senior tu Form 4.. Tua kan? Hik.. Tak tua sangat, hensem ade r.. Nama dia Arwan (bukan nama betul!).. Hehehe.. Dia pengawas pusat sumber sekolah.. Tinggi, hensem dan putih.. Kids tengok dia, dia tengok kids.. Alia pun bersungguh-sungguh minta tolong Arwan untuk ambil gambar si Hayih. Arwan bersetuju, tapi dia minta kamera atau telefon bimbit.. Alia masa tu tak ada lagi telefon bimbit, mujur juga kids bawak. Kids bagi lah si Arwan tu telefon bimbit kids... Masa tu kids tak rase apa-apa lagi.. Suka? No! Cinta? Lagi lah.. Lepas beberapa hari kejadian tu, kids tak sangka yang kids selalu terserempak dengan dia.. Ye lah! Satu sekolah.. Haiyooo.. Hak3.. bukan.. Maksud kids camni, dia selalu datang kelas kids.. Ntah kenape~~~ Gagaga.. Bila kids tengok muka dia.. Tiba-tiba datang perasaan yang tersangatlah aneh.. Pelik tapi benar.. Mungkin masa tu kids masih mentah dalam cinta.. Masa bulan puasa, kids tergerak hati nak hantar kad raya dekat dia.. Jadi kids hantar lah.. huhuhu..


Gedebom!! Bush!! Bagai nak luruh jantung kids.. Pagi kids masuk kelas, ade seorang kawan kids datang dekat dengan kids lalu dia hulurkan sampul surat besar berwarna putih. Depan tu dia tertulis..... (Ade larh.. Rahsia..) Nak ketawa? Tak terkeluar.. Nak senyum? Tak mampu.. Nak nangis? Gila! depan kawan tu.. Malu! Kids terharu sebenarnya sebab dia balas kad raya kids.. hehehe... Kat dalam kad tu dia tulis lah selamat menyambut bulan puasa ni.. bla..bla..bla... Lepas kids baca.. Mulalah kawan-kawan mula kaitkan kids dengan Arwan.. Malu! Dalam kad tu pulak kids tak perasan ada lukisan bunga.. Mungkin dia yang lukis.. Cantik lah! Macam mana awak buat erkk?? Hmmm.. lepas pada tu, tengok je muke die kids mula lah gelisah tak tentu pasal.. Adakah itu dinamakan cinta pandang pertama?? Gagaga.. Hampeh sungguh kids.. Bila kids bercakap dengan dia.. Mesti kids tunduk kepala.. Malu yoo!!! =='' Malu tapi Mahu sebenornya.. hehe.. Bulan puasa pun dah habis.. Tibalah pula umat islam menyambut hari raya aidilfitri.. Kids pakai baju kurung warna Hijau.. Dia warna biru.. Auww...Auww.. Hensem giler!! Bukan apa.. Kids nak cakap, kids suka tengok orang lelaki pakai baju melayu sebab dia lah.. Sebelum ni kids pun pernah tengok sepupu sepapak pakai baju melayu.. Biasa je.. Tapi bila tengok je Arwan tu pakai baju melayu.. Haihh.. Jiwa kids bergetar.. Memang indah sungguh ciptaan ALLAH s.w.t... Oleh kerana kids suka sangat tengok die pakai baju melayu, kids minta tolong kawan kids si Alia tu ambil gambar Arwan. Mula-mula kids tengok si Arwan tu macam teragak-agak nak ambil gambar.. Bila je Alia menundung jari ke arah tempat kids berteduh, dia terus cari tempat yang strategik untuk bergambar.. Kids mase tu hanya mampu tersenyum gembira.. Mungkin kids je yang perasan lebih masa tu.. Masa tu kami guna kamera biasa je.. Jadi kenelah pergi cuci kan? Hehehe.. Gambar dia yang berpakaian melayu tu, masih tersimpan kemas dalam Diary Zaman form 1 > 2 > 3 kids... :) Masuk form 4 beli yang baru.. Yang lama simpan buat kenangan.. Bila terbaca semula diary tu, kids ketawa sendiri.. Memang kebudak-budakkan betullah.. Kalau dia terbaca entry ni.. Kids nak minta maaf sebab mencintai dia.. Kids tak dapat nak halang perasaan ni.. Kids cuma manusia biasa.. =)


Masuk Form 2, kids isi borang untuk menjadi pengawas pusat sumber sekolah.. Ramai jugak kawan-kawan kids yang minta.. Kids berharap sangat dapat.. Bukan untuk dekat dengan Arwan.. Sebab kids nak galas balik tanggungjawab yang kids dah galas masa darjah 5 dan 6.. hehehe.. Jangan pikir yang bukan-bukan neh.. Kids ingat tak dapat.. Bila dapat tahu kids dapat, hati ni rasa cam nak terlompat-lompat je.. Hehehe.. Kids dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai.. Mula-mula nama kids tak tersenarai.. Tapi Arwan yang minta dengan cikgu PSS supaya kids boleh jadi pengawas PSS... Akhirnya.. Kids sarung jugak baju PSS.. lalalala... Dalam hati ni juga rase berbunga sebab dia tolong kids.. Tapi apa motifnya? Atau mungkin itu tipu belaka.. Kalau betul kan best... Masa perjumpaan pertama Pengawas PSS... kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. dalam kumpulan kids, tak salahlah kids dengan sorang budak laki ni je form 2 masa tu.. Yang lain semuanya tua dari kami.. Kene buat nama kumpulan, kene kenalkan diri masing2.. Kids bengang giler woookkk.. Ade ke patut dia panggil kids suruh pergi duduk depan semua orang dan perkenalkan nama kumpulan kids dan sebagainya.. GAGAGA... Tebal giler muke mase tu... Mase tu je.. hehe.. lepas tu kami kene buat ape ntah, ketua kumpulan kids sekelas dengan Arwan. Dia panggil Arwan untuk minta tunjuk ajar.. Si Arwan ni marilah kat meja kami.. Dia pun ajarlah macam mana nak buat.. Yang kids tak tahannya, dia berdiri dekat je dengan kids.. Tangan dia tu berapa kali tersentuh lengan kids.. Aiii.. ^^ 

  
Diri ni bagaikan terbang di langit biru kot... Terasa macam nak terbang macam anak ayam tu je.. >,<
Akhir tahun sudah datang! Tiba-tiba rase sedih menyelubungi diri.. Sebab tahun depan tak dapat nak tengok muka dia lagi~~ Tapi.. Satu kejadian yang berlaku dalam pusat sumber sekolah takkan kids lupa sampai bila-bila.. Macam ni kisahnya.. Masa dalam pusat akses cuma kids dengan dia je Pengawas yang pakai baju lengkap.. Cikgu Pss kami Puan Artina (not a real name!) =_-'' Panggil kids dan Arwan untuk angkat kotak nilam dan susun kemas.. Kids tak tengok sikit pun muka dia.. Malu!! Dah lah kene buat kerje dengan dia.. Bengang giler kot.. Dia berlagak selamber.. Cikgu Artina perasan yang kami hanya berdiam diri dari tadi.. Dia mulakan mukadimah..


Cikgu : Kids.. Arwan.. Senyap je.. Kenapa Kids? Awak malu-malu dengan Arwan? Orang gelar-gelar awak dengan dia ke? 

 Amik kau! Boleh kat Kids satu! Pipi ni bagaikan gunung berapi nak meletup tau! Bengang!! Ade ke patut cikgu tanya macam tu.. Depan Arwan pulak.. Arwan masih berlagak selamber.. Kids mula tak sedap hati.. Kids cuba untuk melegakan keadaan..

Kids : Mana ada cikgu.. Kitorang kawan je, tak lebih pun.. (bercakap sambil memandang kotak nilam..)

Arwan : Hmmmm.. Ramai lagi yang gelar saya dengan orang lain.. Termasuk jugak Kids.. (perlahan je suara dia.. Macam aku tak dengar!)

Cikgu : Haaaa.. Pandai doh erkk.. Tepat pilihan awak Kids..

Kids dengan muka bengang tahap gunung nak meletop, atur langkah pergi makmal akses semula.. Kids senyap pandang komputer... Bengong lah.. Kenapa aku lari tadi? Nampak sangat aku nak dekat dia.. Kids marahkan diri kids.. Lepas tu kids perasan dia masuk makmal.. Tapi kids buat tak tahu.. Dia duduk di kaunter.. Beberapa minit sebelum Pusat sumber nak tutup, salah sorang kawan Arwan nama Ahmad menegur Arwan yang sedang asyik berkhayal tu..

Ahmad : Wan.. Hebat..Hebat.. Pakai baju sama.. Ada makna lah tu..

Arwan : Tak ada maknanya..

Ahmad : Kau cakap nak bagitahu kat dia pasal hal tu..

Arwan : Dah dia anggap aku macam kawan dia je, nak buat apa aku cakap kat dia? Bazir air liur aku je. Redha je lah..

Boommm!! Rase cam dah meletop muka ni.. Aku salah dengar ke? Tak ada dah yang pakai baju sama dengan aku melainkan dia... Kids pandang muka dia, muka yang penuh dengan perasaan marah dan geram.. Takut pulak tengok.. Kids pandang kawan kids, Sai.. Sai jongket bahu.. Kids menung.. Lantas bangun dan berlalu meninggalkan pusat sumber.... Lepas pada tu, kids tak pernah lagi berharap nak terserempak dengan dia.. ---->>> Now! Dia dah belajar jauh-jauh.. Jauh dari terengganu.. Jauh sangat. Kids pun selalu godam2 fb die.. ekeke... jahat sunggguh.. Nak tengok dia update status je.. Kadang2 juga terserempak dengan dia kat tempat kerja kids.. Tapi boleh die buat tak tahu je.. Kids pun same.. hehehe... Tapi FAKTA kids nak cakap.. Sampai sekarang kids masih lagi suka kat dia.. Tapi biarlah kids yang rasa sorang2...


Itu saja kisah cinta kids dengan Arwan.. Bukannya bercinta pun.. Cuma suka dalam diam.. Apa yang dia rasa.. Cuma dia je yang tahu.. Apa yang kids rasa.. Cuma kids je yang tahu... Panjang kan?
kids tak kisah.. korang nak baca ke tidak.. Tapi kids puaslah dapat buat entry ni.. Puas sangat.. O_O

sekian saja entry ni.. Jika ada terlanjur perkataan.. Kids minta maaf dari hujung rambut.. Hingga hujung kaki..
Kalau umur panjang.. Kids akan cuba update Entry.. insyaALLAH...

Sekian Wasalam... ^^

Cinta Pertama Dan Terakhir~~!!
Kids Lerra

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

0 Yang Sayang LeRRa:

Cute Hello Kitty 2