-->> Kid'S LeRRa aLoWeRRa <<--

Assalamualaikum pembuka bicara.. Kids di sini ingin mengutur kata... Jika ada terlanjur bicara.. Mohon maaf kids pinta...

Kepada kawan Kids di alam maya... atau lebih sedap orang panggil di alam BLOG.. hehe.. Kids masih baru dalam bidang menulis blog.. Jadi semua entry yang kids buat masih sangat mentah.. Tak sehebat blog-blog yang lain.. Jadi kids minta jika ada salah perkataan, kids minta tegurlah kids.. Kids terima semua dengan hati yang terbuka.. Kerana setiap manusia tak lepas dari membuat kesilapan..


Senarai Pemain-pemain Pasukan TerenGGanu yang Kekal.. (insyaALLAH)




Assalamualaikum..w.b.t... haaa..
ni yang kid's nak crite ni.. 
Kid's ni penyokong pasukan Negeri Terengganu,...
Dengar2 cite ade yang pemain2 terengganu nak keluar dari pasukan ni..
aduhai.. mmg sedih mule2... tapi kid's ade tengok kat fb..


Terengganu FC


klik ctu..


nak menitis air mate bile dapat tahu Hj Irfan Bakti nak keluar dari Pasukan Terengganu..
boohh.. memang sedih ngat r.. tapi nok wak gane orp? kite dok leh wak bnde doh..
tapi hok masih kekal.. kid's betul2 bersyukur.. sebab boleh tengok lagi mereka beraksi
tahun depan...!!!
Antaranya ialah..... :-)

Sharbinee Alawi...

Abdul Manaf...

Reeshafiq Alwi,...

Mazuki...

Ashaari..

ismail faruqi...

Hadi Yahya...

Joseph Kallang Tie....

tu antara-antara yang masih lagi sayangkan NEGERI TERENGGANU (negeri PENYU...)
xdapat cari gambar2 pemain hok lain.. tak pe r..
hok ni nok royak ni.. tengok sendiri lah belake..


1.Haji Irfan Bakfi - Keluar

2.Hadi Yahya - Kekal

3.Mazlizam Mohamad - Kekal

4.Ashari Shamsudin - Kekal


5.Manaf Mamat - Kekal

6.Sharbinee Allawee - Kekal

7.Mazuki Yusof - Kekal

8.Joseph Kallang Tie - Kekal

9.Ronny Harun - Keluar

10.Reesyafiq Alwi - Kekal

11.Ismail Faruqi - Kekal

12.Ahmad Nordin Alias -Kekal

13.Helmi Remeli - Keluar

14.Mohamad Shamirza Yusof - Kekal

15.Mohd Shahril Saa'ri -Kekal

16.Nik Zul Aziz Nawawi - Kekal

17.Mohamad Muhaimin Omar _blm dpt dipastikan

18.Hasmizan Kamaruddin - Kekal


19.Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan - Keluar

20.Md.Zubir Azmi - Kekal (ke Harimau Malaya)


21.Zharif Hasna - Keluar

22.Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi - Keluar

23.Mohd Ailim Kamaruddin - Kekal




haaaaaa....


korang seme dah tgk sendiri kan???
begitulah alkisahnya...
Walauapepun Terengganu Tetap di hati kid's walau dimane pun kid's berade..


Terengganu.. mung wak molek tahun depan..!!


bagi terengganu menang pulok..!!


ramai hok hebat2 anok jati ganu masuk mule...


bereh doh rase...!!


PETEH GANU PETEH...!!!!


Hebak sek2 kitew!!!

nelang ganu nelang...!!!

100% penyokong skuad PENYU...!!
Kid's Lerra...

KID'S SAYANG NEGERI TERENGGANU...
TerenGGanu maju.........
IMPIANKU..



(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

kiD's dapat Kawan Baru....!!


Assalamualaikum.. w.b.t..

ehem3.. kid's nak kongsi sikit dengan kamu semue.. 
ade sorg budak ni.. dia baiklah dengan kid's..
kid's tak sangke die sebaik gitu..
pastu selalu ajak kid's join bermacam2 jenis segmen..
 kid's pun, joinlah.. syok gak kan..
tapi nak mengetag blog org tu yg takut sangat tu.. 
sbb kid's ni dah lah tak berape popular..
nak kenal org dalam alam maya ni pun.. susah..
setakat sorang due je.. hehe


alahai.. malunyer kid's... kid's anggap die kawan je ok..
ala.. relax lah.. nak tahu sape die?

die adalah........... 


kepada wan.. terima kasih kerana sudi berkawan dengan kid's..
kid's ni cam budak2 sangat kan?
tgk blog pun dah tahu.. huhu sabo je lah...
tapi kid's suke care die melayan kwn2 die dalam blog..
hehe.. nampak gaye cam baik je..

hehe.. tu saje lah kid's nak berkongsi pada pagi ni.. 
mate dah ngantuk.. nak tidur.. 
ok lah kawan2 seme.. good nyte a.k.a sweet dream...

menaip dengan penuh rase rendah diri...
kid's LeRRa...


(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Segmen NasZ : Perang Blogger


Assalamualaikum..w.b.t..Kid's ada join segmen ni..
Simple and cool..

Nak join? Klik sini tau.
Join, jangan tak join deh..


Wan Niah jom join... hehe :D

Release my tension in my mind...

(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!


Assalamualaikum..w.b.t.. haaa ini dia.. nampak x?
Segmen ni simple je..

sape2 nak join Klik Saye ...
join lah neh..




Kid's join Segmen lagi ~~~

Kepada  Wan  tq sbb kongsi ilmu..

 tp Kid's copy je gambar kat atas..
tak boleh lah.. :( huhu ape2 pun.... terima kasih.. :D

Lepas Tension...


(✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

Segmen:Jom Kenali Blogger By Manja


assalamualaikum.. w.b.t..

haaaaa ni dia.. segmen...
first time join ni.. xpe lah try...
ni segmen si Manje ..
comel tuan die.. same umur..
tapi kid's lawo lagi..
hahaha .. sorry just joke's..

okey.. let's go to the fisrt what want to do.. is.. :


  • Wajib follow blog manja :-

  •                        : kid's dah follow.. :)

  • Buat satu entry yang bertajuk "Segmen:Jom Kenali Blogger By Manja"

  •                       : dah buat dah entry ni.. chumell gitu...

  • Tempek banner kat atas nie ke dalam entry korank

  •                      : done.. =)

  • Lepastu linkkan ke ruangan komen nieyh

  •                      : on the way.. 



  • Tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan anda (pastikan dyeorang tahu ok?jgn tipu.)                                                              

  •                                             3 yang bertuah... chumel3 gitu..



  •  - anis aida

  • yaya

  • ninsyira


  • hehe... thats all...nak lg?? lain kali lah...
    kalau ade segmen lagi... kid's join...

    thanx for wan niah sebab tag kid's... :)
     
    wasalam...

    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    Jadual Peperiksaan SPM 2011













    xnampak?? huhu senang jer..
    klik lah gambo tu sese...
    lalala...

    yang berkongsi
    Kid's Lerra <3


    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    Diary Seorang Isteri






    Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
    "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

    Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

    Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

    Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

    Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
    Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

    Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

    "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

    Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

    "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

    Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

    Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

    Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

    Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

    Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

    Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

    "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

    Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

    "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

    "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

    Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

    Assalamualaikum.
    Abang,
    Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
    Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
    Wassalam.

    Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
    Doakan Nisa.
    Ikhlas dari
    Nur Nisa


    Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

    Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

    "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

    Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

    Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

    "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    Segmen Kid's Lerra : Apabila bosan Melanda diriku....



    Assalamualaikum w.b.t.... Salam satu Malaysia.. 

    Apa khabar semua? Adakah anda sihat sejahtera? Alhamdulillah.. Kid's harap kamu semua dalam keadaan sihat walafiat lah.. Ok, Kid's tengah bosan tahap cacing dah ni.. so Kid's nak mengisytiharkan......

    Saye Kid's ingin membuat satu Segmen yang bertajuk "Apabila bosan Melanda diriku." so.. sape rase nak join segmen ni, joinlah. Kid's tak mengharap pun. Sekadar dapat berkenalan dengan lebih rapat pun sudah cukup baik buat Kid's. Kid's harap dapat respon dari korang semua..

    Bismillahirahmanirahim... Read Al-Fatihah First.. :)
    ok, ape yang perlu korang semua buat, senang je tak susah sangat pun..
    ni pun segmen simple yang kid's try buat.. Ok syarat-syaratnya ialah seperti berikut...

    1. Segmen ni dibuka kepada sesiapa saja yang terasa dirinya betul-betul tengah bosan sekarang. Atau semua para pengunjung Blog Kid's.

    2. Seterusnya letakkan tajuk ni "Segmen Kid's Lerra : Apabila bosan Melanda diriku."

    3. Header untuk segmen ni, copy saje gambar di atas tu. Untuk menunjukkan yang korang betul-betul dah join segmen Kid's..

    4. Sebelum korang mulakan cerita, letakkan semua ni dulu..

                 Nama Glamor :

                 Tarikh Lahir :

    5. Korang mulakan cerita korang dengan ayat ni "Apabila aku terasa bosan....." ceritalah apa-apa pun. Mesti ade sesuatu yang korang buat, kalau betul-betul tengah bosan..

    6. Beri komen tentang Blog Kid's.. untuk menghilangkan rasa bosan korang sebenarnya... :) Tag 3 kenalan blogger anda.

    Senang saja kan? Kalau rase semua ni terlalu muak, Kid's minta maaf.. Tarikh tutup segmen ni, sampai tahun depan. akhir bulan 12.. Tengok kalendar sendiri aaaa... :D

    Itu sajalah yang Kid's nak beritahu.. Harap-harap adelah yang sudi join segmen yang buruk ni.. ok See u soon.. bye.. Assalamualaikum...Tinggalkan link anda di ruangan komen yang telah disediakan.... tq..

    Kid's  Lerra

    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    Segmen Eida Arina : Jom Berkenalan Blogger 1 Malaysia.


    Assalamualaikum...w.b.t... kiD's join seGmen!! 
    ermm.. kiD's tertarik dengan seGmen die ni.. menarik betul.. XD
    so.. ape lagi... meh tengok pae yang kiD's buat...




    Nama Panjang/Pendek Saya: Anis NinKids/ Kids

    Tarikh Lahir Saya: 11 oGos 1994.

    Saya Belajar di Sekolah/Universiti : SMK KERTEH (SEMEKER)

    Nama Blog Saya : aLoWeRRa Kid's Blog.

    Follower Blog Semasa Saya : Dyana

    Blogger Otai yang Saya Minat Gilerz : Merentasiman , Nin , Qaseh , Hilal Asyraf and  Aida

    Harapan dari Saya : Kid's harap, ramailah yang akan jadi kawan kid's dalam dunia maya ni.. kids amat menghargai jasa korang semue.. selamat berkenalan semue...

    Jom ramai2 joing Segmen ni..






    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    Whatever...


    Tepuk Amai-amai..
    Belalang kupu-kupu..
    KiD's memang pandai...
    Ramai yang setuju...

    Rama-rama cantik...
    Bulu kening panjang...
    Kid's cantik...
    Ramai yang sayang....

    Ayah pergi kerja...
    Mama duduk rumah...
    Kid's nak belaja...
    Tak keluar rumah...

    very2 gila si kiD's..

    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    Pernah tak Kamu semua terpikir???




    ibu kucing menjilat anak-anak itu, dengan harapan ia akan memulihkan mereka. Menurut keluarga yang telah memeluk kucing sesat, pada pagi ke-11 apabila mereka mendengar laungan kucing, mereka bergegas turun dan menemui empat anak kucing telah mati, dan juga diletakkan di hadapan ibu kucing. Badan-badan anak-anak kucing itu telah dilitupi dengan lubang peluru, dengan darah di seluruh badan. Salah satu anak-anak kucing itu mempunyai leher yang diikat dengan tali dan memanjang, dada dipotong terbuka, hati yang terdedah, manakala kepala tiga kucing lain dipijak.

    kid's hate this people!! what's the matter with that cat? die tak bersalah lah! Manusia yang ade akal pun tak boleh gune dengan care baik! wehh! think dulu r b4 do something!!


    manusia ade akal ?
    KiD's    X_________x


    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    kiD's


    There will be a gOOd mOOd.
    When having harvest.

    kiD's hope you can feel
    My Love for You....

    Guess what??

    nothing laaaaa.... :p

    kiD's is not in Mood...
    Cute Smile.... ^____^


    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    15 10 2011


    Assalamualaikum n Salam Perkenalan guys..

    This blog just belong to me.. (aLoWeRRa kiD's)
    i Create this by myself only..
    if ade yang tak suke kid's punye Blog... 
    very2 sorry to say.. kid's ade due Blog...
    one more blog tu.. tak yah r kid's letak at cni...
    kid's xnak bercampur aduk.. n in this blog,
    kid's nak buat macam2.. if kid's bosan, kid's akan jengah blog ni..
    for what?? whatever lah.. just read n komen laaaa...

    well, if kid's ade terkasar bahase, kid's minta ampun, minta maaf...
    kid's just nak share ape yang kid's do sewaktu very2 bosan.. hehe
    thanx 4 the support !!

     
    Write by Kid's  *_*    


    (✿◠‿◠) ღ Terima Kasih ღ BlogWalKinG LaGi Ya ღ Komen Sekali Kalau Sudi ღ (✿◠‿◠)

    Cute Hello Kitty 2