BAB 1
Alamak dah lambat! Jam tangan dipandang sekilas, sudah pukul empat petang. Tergopoh-gopoh Tengku Azri Danial bersiap, sudah berjanji dengan kawan jam empat setengah tapi dia sendiri yang lambat. Habislah nanti dengar leteran tak bertauliah dari Adam Lufty, rakan baik merangkap ketua kelasnya itu. Mereka kawan sejak dari tadika lagi, hanya Adam sajalah tempat dia berkongsi apa-apa masalah. Nak bermanja-manja dengan mama saja! He..He..He..Mukanya yang setampan G-Dragon BigBang dibelek-belek depan cermin, tangan mencapai minyak rambut BRYLCREEM, dipicitnya sedikit di tapak tangan, lantas tangannya menari-nari di rambutnya. Sudah berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia senyum sendiri.
Cermin mata atas meja belajarnya diambil lalu terus di sua ke muka. Sepantas kilat Tengku Azri Danial berlari ke luar rumah, Datin Syarifah Akiah muncul dari dapur hendak ke ruang makan. Melihat anak kesayangannya yang gelabah macam cacing kepanasan itu, hanya mampu menggelengkan kepala. Senyuman terukir indah di bibir Datin Syarifah Akiah. Dah besar rupanya anak aku. Detik hati si tuanya.
Pintu utama dibukanya,langkahnya diatur ke arah bangku yang berdekatan dengan almari kasut di luar rumahnya dan duduk. Beg yang disandangnya diletakkan di tepi dinding, pintu almari kasut itu dibuka lantas mencapai kasut sukannya. Stokin dikeluarkan dari kasut dan sarungkan di kakinya. Mulutnya beralun dengan lagu Koe We Kikasete – BigBang. Terkumat-kumit lidahnya menyebut setiap baris lagu itu. Minat sungguh dia dengan kumpulan korea yang terhebat itu. Bagi dia sajalah. Volume MP3nya dikuatkan sedikit, bergegar-gegar bagai nak pecah taik telinga dibuatnya!
“Ayie , tak nak makan dulu? Mama masak sedap tau ..!!” laung mamanya dari dapur.
Tengku Azri Danial tersentak. Fuh.. Kusss semangat! Kuat betul suara mamanya, mengalahkan volume MP3nya. Mama ni nak mengaum pun, bagilah salam dulu. Dia berkata di dalam hati. Nafasnya ditarik dan dilepaskan dengan perlahan. Cermin mata dibukanya, kain tuala kecil yang dibawanya bersama dicapai dan menyapu mukanya yang sedikit berpeluh itu. Terkejut benar si Tengku Azri Danial ni. Nasib baik tak ada penyakit semput.
“Mama, Ayie dah lambat ni, kan tak pasal-pasal makan kasut saiz tujuh Am tu.” jawab Tengku Azri Danial dengan selambernya sambil mencapai sebelah lagi kasut lalu disautkan ke kakinya. Dah lambat benar dia kali ni. Salah dia juga. Siapa suruh dia tertidur lepas solat zohor tengah hari tadi..! Habislah dia nanti kena maki dek Adam Lufty. Tadahkan telinga sajalah nanti jawabnya.
“Kalau tak nak makan pun minumlah dulu air milo mama buat, main bola pun perlu ada tenaga, nanti kalau pengsan susah mama. Minum lah sikit sayang.” lembut nada tu meruncing di telinga. Datin Syarifah Akiah, hanya mahukan yang terbaik untuk anak kesayangannya itu.
Tengku Azri Danial berhenti mengikat tali kasut, jam tangan dilihat sekilas.Walaweh..! Dah lambat ni, tak apalah hati si tua kena jaga, kan dikata anak derhaka. Kasut sukannya dibuka laju lantas langkah diatur ke meja makan. Kerusi ditarik dan duduk. Senyuman sehabis manis dihadiahkan buat ibu tercinta. Datuk Tengku Shahrullizam sedang asyik membaca surat khabar. Ciuman kasih hinggap di pipi Datin Syarifah Akiah. Senyum pun tidak mama ni, mengajuk ke? Senyuman nakal terukir di bibir Tengku Azri Danial. Datin Syarifah Akiah dipandang sayang.
“Comellah mama buat muka macam tu, patutlah papa berkenan sangat dengan mama sampai Ayie pun berkenan juga.” Tengku Azri Danial cuba bergurau. Mana tahu mamanya tukar angin ke nanti. Hee Hee..
Datuk Tengku Shahrullizam mengangkat muka dari surat khabar. Matanya dituju ke Arah Datin Syarifah Akiah, senyuman terukir dibibirnya. Kenangan lama bermain di minda. Datin Syarifah Akiah memukul lembut bahu Tengku Azri Danial yang sedikit sasa itu. Anaknya itu pandai jaga badan. Setiap malam dia akan ke gim dengan papanya untuk bersenam. Iyalahkan, bila lagi hendak luangkan masa dengan papanya yang asyik sibuk dengan kerja. Malam sahaja lah jawabnya.
“Kamu ni Ayie asyik kenakan mama saja, minum air tu cepat, kan lambat nanti makan bola pula, cepat !” Mamanya bernada dengan sedikit tegas suara.
“Mama kamu malulah tu Ayie.” Datuk Tengku Shahrullizam potong line. Saja nak ributkan lagi keadaan. Merah muka Datin Syarifah Akiah bila ditegur begitu sekali oleh suaminya itu. Lengan Datuk Tengku Shahrullizam dicubit perlahan.
“Sayang ni, awal lagi lah. Tak cukup lagi ke malam semalam?” Datuk Tengku Shahrullizam hangatkan lagi keadaan. Merah jambu jadi muka Datin Syarifah Akiah. Tengku Azri Danial ketawa besar melihat gelagat orang tuanya itu. Perutnya ditekan sekuat mungkin. Lawak juga papa ni.
“Abang!! Tak malu ke depan anak cakap macam tu. Mengada-ngada betullah orang tua ni.” Datin Syarifah Akiah mencekak pinggangnya. Merah betul mukanya.
“Sayang pun tua juga, bukannya abang sorang saja.” Bulat mata Datin Syarifah Akiah memandang suaminya itu. Datuk Tengku Shahrullizam meneruskan bacaannya, tidak dihiraukan isterinya yang dah macam gunung berapi nak meletup tu. Tengku Azri Danial masih lagi dengan gelak tawanya itu. Dah lama tak bergurau macam ni. Detik hati kecilnya. Kalau ada along dengan angah, lagi gempak rumah dibuatnya. Rindunya pada mereka!
Alongnya Tengku Rafael Danial tinggal di luar negara bersama kakak iparnya Syarifah Amy Rianti. Sebulan sekali saja mereka balik ke sini. Angahnya Tengku Airani Syahadah pula baru saja mendirikan rumah tangga dan tinggal bersama suami tercinta di Holland. Kini tinggal Tengku Azri Danial sajalah yang menjaga mama dan papanya.
“Ok..ok.. Dah! Stop it. Aduh sakit perut Ayie gelakkan mama dan papa.” Jam dinding dipandangnya. “Haaa??!! Mama papa Ayie dah lewat!” Roti bakar dicapainya, telur rebus dicampurkan dengan kicap manis dan disuap laju. Makanan kegemaran Tengku Azri Danial. Air milo suam diteguknya beberapa kali. Gelojoh betul dia ni sorang!
“Kamu pulang jam berapa nanti sayang ? Mesti nak balik lewat lagi ni. Budak lelaki kalau dah jumpa kawan-kawan lupa nak balik rumah.” Datin Syarifah Akiah memegang lembut bahu anak lelakinya. Kepala anaknya digosok lembut.
Cawan diletakkan atas meja, kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan. Macam mana nak bagitahu mama ni? Harap-harap mama dan papa tak mengamuk. Ya Allah! Kuatkan semangat aku! Tengku Azri Danial berlagak selamber.
“Entahlah mama. Ayie agak dalam jam 7 ke 8 Piey balik ya.” Roti dicapainya dan disuakan ke mulut.
Datuk Tengku Shahrullizam angkat muka dari mee gorengnya. Matanya tajam memandang anaknya lelakinya itu. Tengku Azri Danial berhenti menyuakan roti. Errr kenapa pula dengan papa? Puan Syarifah Akiah baru saja mahu menyuarakan sesuatu, tapi lantas dipintas oleh Tengku Azri Danial.
“Mama dan papa jangan risau ya, Ayie tak akan lupakan solat. Ayie akan solat di Surau Tok Aki Lan tu. Promise!!”
Bersungguh-sungguh Tengku Azri Danial memberitahu janjinya kepada orang tuanya itu. Azri memang anak yang baik, tidak pernah menipu kedua ibu bapanya. Dia bangun dan langkah diatur ke arah singki dan membasuh tangan. Selesai saja membasuh, tangannya dilapkan dengan kain yang disediakan. Tengku Azri Danial menyalami papanya. Memang sejak kecil lagi dia diajar menghormati orang tua. Mamanya pula disalaminya. Ciuman kasih hinggap di pipi Tengku Azri Danial. Dia senyum manis. Sebijik macam Nikhun 2PM! Datin Syarifah Akiah memegang pipi anaknya yang comel tu. Comel?!
“Dengkinya papa..” Datuk Tengku Shahrullizam mengeluh perlahan. Pecah tawa mereka bertiga. Tengku Azri Danial mengatur langkah seribu ke luar rumah. Kunci moto dicapai. Kasut dipakainya dan diikat sepantas kilat.
Tengku Azri Danial pergi ke padang menaiki Motosikal yang papanya hadiahkan sempena hari jadinya yang ke 17 pada bulan lepas. Honda ex5, tak mahal tak murah. Senang nak dibawa ke mana-mana. Lesen dah ada, apa lagi enjoylah puas-puas. Helmet dicapai lalu diletakkan dikepala. Pemandu berhemah la kononnya si Azri ni. Motosikal dihidupkan, diundurkannya pula ke luar rumah lalu meninggalkan rumah banglo mewahnya itu.
Ex 5 diberhentikan, tongkat di jatuhkan. Tengku Azri Danial berhenti di kedai Mak cik Ana. Langkah diatur ke dalam. Rak roti Gardenia dicarinya. Coklat krim di capai. Langkah keselamatan untuk bagi alasan logik dari kena lempang tak berbayar dek Adam si tangan kilat. Sengih, nak selamat kena cerdik. Trick lepas kastam pun kena tahu.
Roti di bawa ke kaunter. Kak Anis, anak Mak cik Ana senyum memandangnya. Akak ni sorang suka sangat senyum. Tabiat kot? Not Rm 5 di sua, jam di kerling. Aku lambat 10 minit. Hmm, macam tak bajet je roti ni nak lepas kastam di raja Adam. Langkah di atur ke peti sejuk. 100 Plus dan Revive di capai. Stamina tu penting.
Telinga berlagu Haru-haru – Big Band. Letak cermin mata di baiki. Tangan diletakkan ke dagu, otak ligat berfikir. Agak-agaknya diaorang tu marah tak? Haru sungguh hari ni. Memang terlebih haru dah. Lagu yang didengarnya pun agak menyenyeh dirinya sendiri. Siap sedialah makan selipar jepun Adam Lufty tu nanti.
Tengku Azri Danial, gayanya dah macam nak jumpa mertua. Bukan main lagi celaru. Haru sungguh! Kes ni memang sah la aku kena kejar tak cukup tanah. Maaf la kawan, aku lambat gila dah ni. Dah tahu lambat ada pulak tricknya nak sejukkan hati kawan. Kawan yang baik? Entah la. Menduga iman pun ada kadang kadang. Saat melepasi deretan rumah rumah teres, bibirnya spotan menggariskan senyum. Budak-budak. Dia bongsu, tak ada adik. Anak saudara macam biskut. Timbul tengelam munculnya. Teringin nak adik. Permintaan yang memang munstahil orang tuanya tunaikan.
Ex 5 di perlahankan. Keletah anak kecil di perhati. Ada yang berlari, main kejar-kejar mungkin? Ada jugak yang kayuh basikal. Kenangan zaman budak-budak terimbau kembali. Zaman yang seronok! Untuk seketika, gengnya dah di lupakan. Laungan suara budak-budak buat dia senyum tak henti.
“Amin! Kau curi basikal aku!” Suara halus itu menempa di telinga Azri.
“Nana! Mak kita suruh balik. Tata” Budak berbaju kuning tu melambai jauh.
“Paiz! Main polis-polis jom?” Laung satu suara dari hujung jalan.
Tengku Azri Danial senyum sendiri. Aku dulu pun macam tu jugak. Dengan Adam, Romy, Sam. Alamak!! Adam? Gulp..!! Gear di tekan. Mati la aku nak hadap si kastam sinis tu.
Adam Lufty sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Mukanya diraup geram. Mana pula si Ayie ni.. Dah naik juling biji mata tunggu anak mama tu! Marah Adam Lufty dalam hati. Fazail Sham buat ‘warming up’ sementara menunggu kedatangan Tengku Azri Danial. Faiez Romzy korek tanah, dah tak ada kerja lain nak buat. Fazail Alan, kembar Fazail Sham memandang sekeliling, rakan-rakan yang lain sibuk belatih sambil menunggu si Tengku yang tak kunjung tiba.
“Mana pula pak cik ni! Takkan dah sesat kot?” Marah sungguh Adam Lufty terhadap kawan setadikanya itu. Kalau dah berjanji tu, susah sungguh nak tepati!
“Aku rasa dah sampai Pantai Teluk Cempedak kot kawan kita tu..!” Faiez Romzy mencelah, tangannya masih lincah mengorek tanah. Ntah kenapalah dia asyik saja mengorek tanah. Tabiat kot?
“Macam-macam pesen lah korang ni..” Kata Fazail Sham dan Fazail Alan serentak sambil tangan mereka ditarik ke belakang. Lenguh..
Kedengaran jauh bunyi enjin moto Tengku Azri Danial. Kenal benar mereka dengan bunyi enjin moto si Tengku Azri Danial tu. Semua angkat muka. Faiez Romzy bangkit, tangan disapu kuat. Langkah diatur ke arah Adam Lufty. Fazail Sham dan Fazail Alan ikut dari belakang.
“Haaa.. Tu pun dia..!” Teriak Faiez Romzy. Jari ditunding ke arah Tengku Azri Danial.
“Nanti kau budak! Dia buat kita ni macam anak kucing aja. Tak pe, hari ni kau lari tak cukup tanah Piey!” Adam Lufty atur langkah. Si kembar geleng kepala.
Tengku Azri Danial berhentikan motosikal kesayangannya dibawah pokok rambutan yang berhampiran dengan tempat rakan-rakannya itu. Dia berhenti betul-betul depan Adam Lufty, Faiez Romzy dan Si kembar. Helmet dibuka dan diletakkan di atas cermin motorsikal. Enjin dimatikan, rambutnya dikuak perlahan lalu turun dari motorsikalnya itu. Senyuman bersalah dihadiahkan kepada rakan-rakan.
“Woi mamat tempe! Bakpe mung lambat ngat ha? Lame doh kitorang tunggumung ni tau dok? Lain kali royak awal-awal lah kat kitorang! Ni tidok, buat kitorang ni macang tunggul kayu duk nunggu ke mung!” marah Adam Lufty dengan sleng Terengganu dia tu.
“Relax lah Am, aku kena kejar dengan anjing tadi. Salah masuk jalan kampung Gelugor. Sorry bro!” Tengku Azri Danial meminta maaf sambil berlawak.
“Banyaklah mung kene kejo anjing! Kene kejo sungguh baru tau!” Faiez Romzy masuk line.
“Weh! Doh lah tu, jong maing bola cepak. Aku dok sabo doh nok sepak bola masuk gol!!” Fazail Sham meredakan keadaan dengan sleng pekat Terengganunya.
"Betul..Betul...Betul.." Fazail Alan menyambut cakap kembarnya. Ala-ala Ipin pun ada suaranya.
Pecah tawa mereka semua. Tengku Azri Danial memberikan air dan roti kepada kawan-kawan. Sebagai tanda minta maaf. Sedang dia menghulurkan air kepada Farish Ishak, Faiez Romzy sengeh nakal. Ada saja adegan dia nak kenakan Tengku Azri Danial yang kaki melatah. Dia atur langkah perlahan ke belakang Tengku Azri Danial. Adam Lufty dan si kembar buat-buat tak nampak. Dah tahu apa yang akan berlaku nanti.
“Oii mak kau Air hundred plus sekilo due ringgit tunai..!” Tengku Azri Danial melatah panjang. Macam nak buat karangan pun ada. Pecah tawa rakan-rakan yang lain. Tengku Azri Danial menutup mulutnya dengan tangan. Malu weyh..! Pandangannya jatuh ke arah Faiez Romzy yang gelak besar sampai tergolek-golek atas tanah. Hantu kau Romy!
“Apa lah kau ni Ayie, penyakit melatah kau tu tak hilang-hilang lagi ke? Macam pondan aku tengok.” Faiez Romzy menghangatkan lagi keadaan.
Bulat mata Tengku Azri Danial memandang Faiez Romzy yang sudah langkah seribu meninggalkan dia dan yang lain masih lagi dengan tawa mereka yang belum habis lagi dari tadi.
“Cinabeng punya kawan! Ada ke patut dia samakan aku dengan pondan.” Tengku Azri Danial cekak pinggang sambil memandang tajam Faiez Romzy yang jauh di hujung padang. Si kembar memandang Tengku Azri Danial dengan Hairan.
“Cinabeng itu apa Ayie?” Tanyasi kembar dengan serentak, sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu.
Tengku Azri Danial berpaling muka ke arah Si kembar. Keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain. Si kembar tersengih. Adam Lufty geleng kepala. Farish Ishak lap mukanya dengan kain kecil yang selalu dibawa bersama. Jaga mukalah kononnya si Farish Ishak ni.
“Relax, relax.. Kalau asyik gadoh macam orang hilang bini ni, sampai esok dok main bola.” Adam Lufty menyelamatkan keadaan.
“Ok,ok. Aku minta maaf weh.” Faiez Romzy mengalah. Kedua-dua tangannya diangkat tanda mengaku kalah. Kalau dengar Adam Lufty membebel, sampai krismes kedua pun tak habis. Baik mengalah saja jawabnya.
“Ye lah. Aku maafkan, lain kali kau sebut lagi perkataan pondan, aku sunat kau lagi sekali!” Faiez Romzy menganga mulut seluas Badak air menguap. Dia pandang ke bawah dan Tengku Azri Danial berulang kali.
“Weh Ayie! Mung jangan sakit tu!” jerit Faiez Romzy. Bengang dah tu, merah telinganya menahan malu dan marah.
Pecah tawa mereka petang itu. Memang gempak mereka sekawan kalau Faiez Romzy ada bersama mereka. Mereka bersiap sedia memulakan latihan bola sepak. Senaman ringan dimulakan, dengan arahan yang diberikan oleh Adam Lufty, mereka berlari lima pusingan di padang untuk stamina. Setelah selesai berlari, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
“Arghh! Penatnya weyhh…! Lengoh rase badan aku ni, harap-harap dengan latihan yang kite buat ni, dapatlah kite menang dalam pertandingan bola sepak lawan sekolah Kampung Cermat tu nanti.” Si kembar mengeluh dalam gembira. Mereka membayangkan macam manalah agak-agaknya perlawanan persahabatan tu nanti. Adakah gempak macam Pasukan Harimau Muda lawan dengan Pasukan Garuda Tua. Ehh? Tua? Sedap-sedap saja tambah ayat.
Rakan-rakan yang lain hanya mampu angguk kepala saja. Tak larat benor dah tu. Puas sungguh latihan bola sepak mereka hari ni. Adam Lufty mencapai air botol di dalam begnya lantas meminum air itu sehingga habis. Penat sangat. Farish Ishak mengelap mukanya dengan kain, peluh banyak keluar. Tengku Azri Danial duduk di atas motosikalnya sambil minum air yang disediakan oleh mamanya. Faiez Romzy keluarkan botol airnya dari beg lalu menyimbah air kemukanya dengan senang hati. Suasana sunyi sebentar. Cuaca sangat elok sekarang, seronok betul hari ini.
“Okey geng! Apa kata kalau aku belanja ABC mak ngah! Siapa nak angkat tangan!” jerit Tengku Azri Danial.
ABC Mak Ngahlah paling sedap didunia, bagi Tengku Azri Danial dan kawan-kawannya aja lah. Mereka selalu beli ABC Mak Ngah setelah selesai bermain bola. Di gerai itu jugalah menjadi tempat lepak mereka.
“Betul ke kau nak belanja kitaorang ni Ayie?” Tanya Farish Ishak. Hilang segala penat di hati dengar saja perkataan ABC. Mengalir air liur masing-masing.
“Ntah, tak caye aku mamat ni nak belanja kita.” Faiez Romzy menyampuk. Masing-masing tengok muka Tengku Fitri Aiman dengan penuh berharap. Adam Lufty balas pesanan yang diterimanya. Dari siapa pula? Awek?
“Aku belanja kau orang semua bayar!” Tengku Azri Danial buat muka toya.
Kawan-kawannya memandang tepat ke arah Tengku Azri Danialyang baru saja hendak langkah seribu itu, tetapi sempat ditarik oleh Si kembar. Kawan-kawan yang lain merapati Tengku Azri Danial yang sudah dipegang kuat oleh Si kembar. Mereka ramai-ramai mengepung Tengku Azri Danial.
“Apa kita nak buat dengan mamat tempe ni yek ??” Fazail Sham bertanya dalam bergurau. Kolar baju Tengku Azri Danial dipegangnya.
“Haa…! Kita goreng dia buat daging Ayie masak kicap!”Adam Lufty memberi cadangan. Handphone diletakkan dalam poket seluar.
“Weh korang, jangan lupa tambah tempe sekali! Baru lazat!” Jerit Faiez Romzy dan Fazail Alan serentak.
Semua angguk tanda setuju, lalu mereka pun serbu Tengku Azri Danial yang sudah dipenyek macam ubi itu. Malang sungguh nasib dia hari ni. Siapa suruh buat hal. Kan dah kena.
“Aku gurau ja. Janganlah marah, sabar weh!” Tengku Azri Danial memohon maaf.
“Haaaa… Dah-dah. Jom kita pergi solat asar dulu. Jangan lupa solat, Solat tu kan……” Belum sempat Adam Lufty menghabiskan ayatnya, mereka semua dah potong dulu.
“Tiang Agama Ustaz Adam Lufty..!” Jawab mereka serentak, macam cerita Upin dan Ipin.
“Pandai pun. Dah jangan nak mengarut. Jom! Dah lewat ni.” Adam Lufty pandang langit. Cuaca dah nak gelap. Teringat pesanan yang diterimanya sebentar tadi, yang menyuruhnya solat dulu.
Selesai saja solat, mereka atur langkah ke Warung ABC Mak Ngah. Tidak jauh pun dari surau. Jalan kaki pun jadilah. Warung ABC Mak Ngah jadi sasaran angkatan Tengku Azri Danial and the geng. Masing-masing loncat duduk atas pangkin. Duduk sini lagi best dari duduk di meja bawah pokok Rambutan tu. Macam biasa, ABC jadi pilihan. Adam Lufty order sekali ikan celup tepung. Lapar mungkin. Faiez Romzy duk menekan handphone dari tadi. Si Faiez Romzy, anak yatim piatu yang sedar statusnya. Anak Sulung yang mengalas beban keluarga. Tanggungjawab sebagai abang memang tak lupa. Tapi dalam matang, ada nakalnya. Faiez Romzy ada rupa walau tak sekacak Tengku Azri Danial. Rupa playboy tu lepas la, kalah si Tengku Azri Danial. Pernah satu masa dahulu, selepas ibu bapanya meninggal dunia, ibu bapa Tengku Azri Danial ingin mengambil dia dan dua orang adiknya menjadi anak angkat. Faiez Romzy menolak dengan baik dan meminta hanya ingin tinggal bersama dengan orang yang senasib dengannya. Di Rumah Anak-anak yatim. Setiap bulan, ayah Tengku Azri Danial akan memberikan wang kepada Rumah Anak-anak yatim itu. Untuk keperluan dia dan anak-anak yatim yang lain.
Prinsip si Faiez Romzy pula, tak salah nak main cinta. Asal setia pada yang satu. Langsung bercanggah dengan Tengku Azri Danial yang sememangnya tak hiraukan insan bernama gadis. Adam Lufty yang mereka kenali pula jenis yang tak berperasaan. Hidup solo memang jenis dia. Baginya, takde masa nak jaga hati orang. Hati sendiri lagi penting! Tapi sejak akhir-akhir ni asyik dekat saja dengan handphone Blueberrynya itu. Adakah hatinya sudah diberikan kepada insan bernama kekasih? Hanya Adam Lufty anak Adam Mukhriz saja yang tahu. Si kembar dan Farish Ishak pulak jenis terikat dengan agama. Couple tu haram! Benda Islam tegah, buat apa nak teruskan?
__________________________________________________________________________________
BAB 2
Tengku Azri Danial sedang berehat di taman belakang rumahnya itu yang menyediakan buaian besar dan dihiasi ala-ala Inggeris dengan cantik sekali. Telinga berlagu The Chosen One – Maher Zain. Tangan memegang nota Sejarah yang dibuat malam semalam lalu dihafalnya berulang-ulang, exam pertengahan tahun dah nak dekat. Kalau tak lulus Sejarah alamatnya makan buku tujuh ringgit dua puluh sen Cikgu Usamahlah jawabnya. Cikgu Sejarah yang sangat dia hormati itu.
Volume MP3nya dikuatkan, nota diletakkan di atas meja. Matanya makin lama makin tutup, kena pula angin yang sepoi-sepoi tiup petang tu. Nyaman sungguh, nota sejarah dilupakan seketika. Minta maaf cikgu Usamah.. Datin Syarifah Akiah keluar mencari Tengku Azri Danial. Tidak dijumpai anaknya itu. Dia cuba pergi dibelakang rumahnya itu. Mungkin anaknya sedang berehat disitu. Senyuman lega terukir di bibir tua Datin Syarifah Akiah. Di sini rupanya anak lelakinya bertapa. Datin Syarifah Akiah menghampiri Tengku Azri Danial yang asyik dengan dunianya sendiri itu dan mengambil tempat disebelah anaknya. Tengku Azri Danial dipandang lama, pandanganya beralih pula ke arah meja rehat anaknya itu. Penuh dengan nota-nota kerja.
“Ayie.” Badan Tengku Azri Danial digoyang perlahan. Kelip-kelip mata Tengku Azri Danial memandang mamanya disebelah. Bila mamanya sampai? Sungguh aku tak sedar. Tengku Azri Danial senyum manis.
“Ada apa mama sayang?” Tengku Azri Danial menempek lembut ke badan Datin Syarifah Akiah. Manja sungguh kamu ni sayang.
“Tolong belikan mama kuih dekat kedai Pak Seman.”mamanya berbicara dengan lembut. Pantas Tengku Azri Danial bangkit dengan terkejut. Lama dia pandang mamanya. Datin Syarifah Akiah terkejut dengan tindakan Tengku Azri Danial. Dia salah cakap ke?
“Haa?? Mama kena saman!! Siapa yang saman mama? Mari sini biar Ayie karate dia, sesedap rasa saja nak saman orang, sebelum dia saman mama meh sini Ayie patah-patahkan tulang dia!” Marah betul Tengku Azri Danial. Sambil membuat gaya seperti orang sedang bersilat, kalah Bruce Lee.
Datin Syarifah Akiah gelak perlahan melihat telatah anaknya itu. Melencong ke mana agaknya anaknya itu? Orang lain baru nak start kereta dia dah sampai Australia agaknya.
“Hishh… Bukan lah, anak mama ni. Itu lah, telinga tu asyik dengan earphone je sampai mama cakap pun tak dengar. Mama cakap tolong belikan mama kuih dekat kedai Pak Rahman tu untuk minum petang.” Datin Syarifah Akiah menerangkan hal sebenar. Terdiam sebentar Tengku Azri Danial. Dia duduk kembali sebelah mamanya. Jari-jemarinya bermain-main di hujung rambut Datin Syarifah Akiah yang sudah beruban dan panjang hingga ke pinggang tu.
“Ouh. Beli kuih dekat kedai Pak Rahman. Ingatkan mama kena saman tadi. Hehe. Maaf mama sayang. Mama nak kuih apa?” Tanya Azri dengan nada agak selamber untuk menutup malunya sebentar tadi.
Tengku Azri Danial keluar dengan motor kesayangan dia itu. Setelah selesai membeli kuih yang disuruh, Tengku Azri Danial pulang ke rumah sambil telinga bergegar Up Town Girl – Westlife. Lampu isyarat menunjukkan warna merah. Tengku Azri Danial perlahankan moto. Volume MP3nya diperlahankan. Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba…
“Mak cik! hati-hati!!” jerit seorang perempuan.
“Oiii, nenek kau hati-hati..” Tengku Azri Danial melatah. Malunya! Nasib baik dia pakai topi keledar. Bunyi apa tadi. Pantang dengar bunyi sikit, dah melatah. Terkejut Tengku Azri Danial apabila melihat seorang gadis dah terbujur kaku di tepi jalan.
Seorang perempuan telah menolong mak cik tua itu, tetapi nasib tidak menyebelahinya kerana dia pula yang cedera teruk kerana kepalanya terhatuk di bahu jalan. Tengku Azri Danial terus berhentikan motonya di tepi jalan raya,Helmet dibuka lantas mencabut pula MP3nya lalu letakkan dalam raga motosikalnya dan bergegas ke arah mangsa itu.
“Call AMBULANS !” Jerit Tengku Azri Danial dan mengatur langkah ke tubuh kecil di tepi jalan.
“Awak okey?” Kepala gadis berkurung putih tu di riba. Silap gaya Brain haemorrhage.
Budak tu angguk lemah. Tak berapa okey lagi tu. Tengku Azri Danial memegang kepala budak tu namun hampa, tiada reaksi dari anak mata. Tudung di buka, dia diam. Cantik! Tergamam Tengku Azri Danial dibuatnya. Tiba-tiba saja jantungnya berdegup kencang. Diletakkan dulu ke tepi perasaan itu. Leher budak tu di baiki letak. Kau selamatkan mak cik tu tapi kau pulak yang kena. Kelopak mata di buka, kaku anak mata coklat tu. Tak sedar lagi budak ni. Bahu di cuit, bibir menzahirkan alur suara. Tiada sahutan dari budak tu. Tengku Azri Danial kembali meriba kepala. Selawat di lafaz perlahan, muka budak tu di raup perlahan. Sedar la sayang. Sayang? Sejak bila Tengku Azri Danial bersayang-sayang ni? Ahhh! Pedulikanlah, utamakan budak ni dulu.
“Awak?” Bahu budak tu di cuit.
Sedikit bergerak. “Errr” Dia bangkit lemah. Perlahan saja suaranya. Tengku Azri Danial resah. Ramai yang datang tengok kemalangan tu. Kereta yang melanggar budak tadi tu melarikan diri. Sial betul! Siaplah kau kalau aku jumpa nanti!
“Awak nak muntah?” Tengku Azri Danial cuba nasib.
Tak sempat nak bersuara, budak tu dah terbongkok, muntah. Tengku Azri Danial tergamam sekejap. Mukanya diraup kasar. Ya ALLAH, jangan la berlaku perkara yang buruk kepada budak ni, doanya di dalam hati. Tengku Azri Danial pandang sayu.
“Awak?” Budak ni nak mati dah ke?
“Hmm?” budak tu cuba bersuara. Fuhh.. Hidup lagi, Ya Allah kuatkanlah diriku menghadapi semua ini. Lemah sungguh suaranya dikala ini.
“Awak tunggu kejap ya, Ambulans dah nak sampai. Bawa mengucap ya.” Tengku Azri Danial memberikan sedikit ruang kepada budak itu.
Spontan Azri meletakan jari telunjuk dan jari hantu di nadi tangan budak tu. Lama, kiraan denyut lemah. Tak stabil,dia pegang kepala. Mata budak tu di renung lama. Silibus PBSM di imbau balik. Budak ni… Oh tidak! Janganlah.. Ya Allah! Jauhkanlah..
“Awak tahu kita kat mana?” Ingatan dia okey ke? Haaa masak. Suasana di tempat kejadian kelam kabut sekali, Ambulans masih lagi belum sampai. Takkanlah accident pula Ambulans ni! Tengku Azri Danial memandang budak itu, masih lagi diam. Dia cuba lagi.
“Ingat apa dah jadi?” Tetap juga diam tak bersuara. Ambulans tiba 10 minit lepas tu. Budak tu masih lagi terpingga pingga. Laju Tengku Azri Danial mencempung tubuh kecil tu. Budak tu masih riak tak berperasaan. Azri terdetik sesuatu. Hilang ingatankah dia?
“Awak ikut sekali boleh ?” Salah seorang driver Ambulans mempelawa Tengku Azri Danial. Belum sempat hendak bersuara, tangannya ditarik ke dalam Ambulans itu. Terpinga-pingga dia dibuatnya. Motosikalnya ditinggalkan di situ.
“Aiisehmen! Moto aku?” Tengku Azri Danial berfikir sejenak. Sempat lagi dia berpaling ke budak tu. Comelnya dia. Bergegar kuat jantung dia dikala ini. Kenapa ni Ayie? Kau dah tak waras ke? Ehh.. Moto? Otaknya ligat berfikir. Idea nakal muncul tiba tiba, Tengku Azri Danial memetik jari. Dia sengih nakal. Tangannya mencapai handphone dalam poket seluar. Punat handphone ditekan, mencari nombor telefon seseorang dan dial.
Callering Tone berbunyi lagu Numb – Linkin Park. Hebat juga Adam Lufty ni. Lagu Linkin Park juga dibuat Callering Tone. Orang di sana menyahut panggilan.
“Hello Am!”
Adam Lufty yang ketika itu baru saja hendak makan rambutan, menjauhkan sedikit handphone dari telinga kerana bunyi dalam handphone itu bising sangat, bingit telinga. Nasib baik tak ada penyakit semput. Polis mana pula yang call aku ni? Aku ada buat salah ke? Adam Lufty melihat nama yang tertera di handphone Blueberrynya itu. ‘Mat Tempe’? Haa Haa.. Si tempe ni call aku rupanya.
“Ye, bakpe pulok mung call aku ni? Aku baru je nak cekik, kacau je mung ni. Eh, bunyi mende ape hok bising sangat tu? Mung main game polis entry ke apa? Wi wow wi wow bunyinya. Sampai naik pekok telinga aku dibuatnya.” Adam jawab panggilan itu sambil mulutnya mengikut bunyi sirent ambulans yang didengari dalam telefon. Panjang betul olahan Adam Lufty anak Adam Mukhriz ni sampai tidak sempat Tengku Azri Danial untuk berkata-kata. Dia cuba tahan gelak.
“Polis entry atok kau Am !” suara diperlahankan. Takut mengganggu.
“Atok mung jangan sebut ok!” Bikin aku panas saja Mat Tempe ni. Olah Adam Lufty dalam hati.
“Aku belum habis cakap lagi kau dah bising, nak minta tolong sikit ni. Kau tolong pergi ambil motosikal aku dekat depan Warung Bapuk Lijah tu, barang-barang aku ada dalam tu. Kan tak pasal-pasal kene jual moto aku tu. Cepat sikit tau! Apa-apa hal aku cerita kemudian ok! Bye.” Tengku Azri Danial saja hendak memanaskan lagi hati Adam Lufty.
“Uit.. Ayie? Hello? Hello? Hellooooooooooooo..!!” Belum sempat Adam Lufty hendak buka mulut, telefon dimatikan. Adam Lufty terpingga-pingga di hujung talian. Tengku Azri Danial di dalam ambulans hanya tunduk melihat mangsa yang tak dikenalinya itu.
“Cilakak betul, aku belum tanya lagi dah tutup. Ambil motosikal dekat depan Warung Bapuk Lijah pula. Aduh masak aku kena layan si bapuk tu nanti. Siap kau nanti Ayie!” Marah Adam Lufty, lalu bersiap untuk mengambil motosikal 'Mat Tempe' tu. Walaupun terpaksa melayan karenah si bapuk itu nanti. Apa nak buat, dah nasib badan.
“Sape nak hantar aku kat Warung Bapuk tu? Takkan lah aku nak jalan kaki. Gila ke? Mahu patah kaki dibuatnya. Kentut berbuih kot?” Adam Lufty diam, ligat otaknya berfikir. Nama Fazail Alan terlintas. Senyuman terukir di bibirnya. Punat telefon ditekan, tunggu panggilan diangkat. Kalau minta tolong Fazail Sham masa ni, sampai subuh esok moto si Ayie tersadai indah di Warung Bapuk Lijah tu.
“Terkenang detik,bertemunya kau dan aku.. eh abahkau call aku..” Melatah pula si Fazail Alan ni. Kacau je aku nak menyanyi ni. Lagu Amani – Amar diperlahankan. Nak melayan perasaan pun tak boleh. Handphone dicapai. Ustaz Am? Mimpi di siang hari ke si Am call aku? Butang hijau ditekannya.
“Assalamualaikum Lan?” Adam Lufty memberi salam. Langkah yang pertama untuk memujuk!
“hmmm.. Waalaikumusalam.. Weyh kacau lah kau ni Am! Aku baru nak melayan perasaan.” Fazail Alan sapu mata. Tiba-tiba rasa mengantuk.
“Jong gi Warung Bapuk Lijah? Please. I have a work to do.” Adam Lufty cuba sedaya upaya memujuk Fazail Alan.
“Kau skandal ke dengan si Bapuk tu?” Fazail Alan gelak besar.
“Shut up you! Boleh tak?” Marah Adam Lufty. Kalau nak marah, mesti bahasa inggeris yang dipilihnya. Kenapa tak bahasa iban ke? Cina ke? Mahu diam seribu bahasa Fazail Alan dibuatnya.
“Diri sendiri ada moto, pergilah sendiri.” Fazail Alan baring atas katil semula. Dia menolak sedikit badan sasa milik Fazail Sham tu. Supaya tubuhnya boleh landing di sebelah kembarnya.
Diam tiba-tiba. Uiks? Adam Lufty? Mati dah ke? Mengajuk kot. Sejak bila jadi sensitif kawan aku sorang ni? Mengalah lagi. Alahai….
“Okey okey, aku siap! Tunggu tau.” Fazail Alan buat muka.
Adam Lufty senyum puas. Tak sia-sia lakonannya tadi. Kesian pula kat adik si kembar ni. Sorry bro, terpaksa.
“That’s my friend! Thank you.”
“Ye lah.” Telefon dimatikan, jaket hitam dan kunci moto dicapai.
Tengku Azri Danial setia menanti didepan pintu bilik kecemasan. Baru dia teringatkan mamanya. Punat telefon ditekan, menunggu panggilan dijawab.
“Hello ma..” Jawab Tengku Azri Danial dengan nada yang manja. Manja sungguh dia ni sorang!
“Ayie! Mana kamu pergi ni sayang? Mama dari tadi lagi tunggu kamu tahu tak sayang?!! Kenapa tak balik lagi ni? Kamu ok ke tak ni sayang? Ada apa-apa yang terjadi kat kamu ke? Lan dengan Am ada kat rumah ni, kenapa moto kamu ada dengan mereka nak? Kamu kat mana ni sayang? Jawab mama sayang.” Datin Syarifah Akiah amat risau. Bertubi-tubi serangan yang dilemparkan kepada Tengku Azri Danial. Fazail Alan senyum sendiri. Bertuah betul Ayie, ada ibu yang sangat-sangat ambil berat tentang dirinya. Sedangkan aku? Arghh.. Fazail Alan buang jauh-jauh perasaan sedihnya itu. Adam Lufty hanya memerhatikan gelagat Datin Syarifah Akiah.
Alhamdulillah.. Selamat moto aku. Thank you Lan dan Am. Apalah si Tengku Azri Danial ni, moto yang dirisaukan, bukan mamanya yang separuh mati risaukan keadaannya. Bertuah punya anak. Cop! Lan?? Bertuah sungguh Am, aku suruh dia sorang je. Yang dia ajak si Lan tu kenapa? Pak cik sungguh dia tu sorang.
“Ma.. Jangan risau ya. Suruh mereka tunggu Ayie dulu ya. Ada something yang Ayie nak ceritakan nanti. Apa-apahal nanti Ayie call mama semula ya. Bye ma.. Assalamualaikum.” Tengku Azri Danial mematikan panggilan. Lepas dua perkara. Yang lagi satu ni, bila nak lepas?
Setelah beberapa jam, Doktor pun keluar. Tengku Azri Danial berdiri sebaik sahaja melihat doktor tu seperti sedang mencari seseorang. Kenapa pula doktor ni? Sawan ke apa?
“Siapa keluarga perempuan tadi? Awak ke?” tanya Doktor Zairi dengan lembutnya.
Tengku Azri Danial toleh belakang. Tak ada orang pun. Eh? Doktor ni tanya aku ke? Apa aku nak jawab? Ahh, hentam saja Ayie.
“Ermm.. sa..saya.” Tergagap-gagap Tengku Azri Danial menjawabnya.
“Ok Encik, saya Doktor Zairi, Ermm Encik….?”
“Saya Tengku Azri Danial, Doktor boleh panggil saya Ayie.” Lantas dia memberitahu namanya. Nasib baik tak keluar nama papa. Kalau tak, menganga Doktor tu nak sebut nama aku. Haa..Haa..
Doktor Zairi senyum memandang Tengku Azri Danial, macam tahu-tahu saja apa yang doktor tu nak.
“Macam ni lah Encik Ayie, Encik ni suami si mangsa ke?” Lembut suara doktor itu meruncing di telinga.
Bulat mata Tengku Azri Danial memandang doktor tu. Amboi doktor ni sesedap hati saja lempar bom, ada ke cakap aku ni suami budak tu? Tua sangat ke muka aku ni? Marah Tengku Azri Danial dalam hati.
“Ye saya Doktor. Macam mana keadaan dia?” Tengku Azri Danial bertanya dengan lembut. Hampeh doktor ni, mujur dia ni tua dari aku. Kalau tak dah lama makan buku lima aku ni.
“Macam ni, Isteri Encik Ayie mengalami sindrom Brain haemorrhage. Ambil masa yang lama nak pulih dan berskala. Perlu banyak terapi untuk rawatan” Doktor Zairi menerangkan keadaan sebenar si mangsa yang tidak diketahuinya itu.
Tengku Azri Danial terdiam sejenak. Dahinya bekerut seribu, berfikir. Dia pandang doktor Zairi. “Hilang ingatan ke dia Doc?” Hai..laa… Jangan lah! Masak aku, kalau adik aku boleh tahan lagi. Ni kenal pun tidak, inikan pula dikatakan suami dia? Apa..daaa….
“Betul tu Encik Ayie, tapi bagi tahap isteri encik ianya masih di tahap serdahana dan masih boleh di ubati dalam masa terdekat. Mangsa mungkin masih dalam keadaan trauma.” Doktor Zairi membaiki kot putihnya. Kredibiliti seorang doktor.
“Boleh saya bawak dia balik?” Tengku Azri Danial meminta izin. Bawa balik mana? Rumah? Mahu tak mengamuk Datin Syarifah Akiah nanti. Ahhh bantai sajalah. Harap-harap mama boleh terima. Haru biru aku dibuatnya!
“Encik sanggup ulang alik untuk pemeriksaan dan terapi setiap hari?” Duga doktor tu. Tengku Azri Danial berfikir sejenak. Apa yang susah? Aku pergi sekolah. Mama yang jaga. Tengku Azri Danial senyum.
“Sanggup doktor. Boleh saya jumpa isteri saya?” Tengku Azri Danial sekali lagi meminta izin. Tiba-tiba hatinya jadi resah gelisah. Kenapa? Tak tahulah..
“Silakan, tapi saya harap encik tak bebankan minda pesakit saya” Bahu Tengku Azri Danial di tepuk mesra.
Senyuman Tengku Azri Danial tawar saja hari ni. Tak semanis selalunya. Langkah di atur ke wad yang menempatkan mangsa tadi. Pintu di kuak, sekujur tubuh terlentang menyapa pandangannya. Budak tu belum sedar lagi? Atau lebih mesra dengan panggilan ‘isteri’? Tengku Azri Danial senyum sendiri. Kerusi ditarik keluar lalu duduk di atasnya. Seraut wajah tu di renung lama, Senyuman tak lekang di bibir Tengku Azri Danial. Cantik juga budak ni. Berapa lah agaknya umur dia ni. Nama pun aku tak tahu lagi. Kalau Tanya doktor tu tadi, kan dikatakan ‘suami’ lupa isteri pula. Laju tangannya meyapa dahi si gadis. Cantiknya kau… Lincah pulak tangan tu menyentuh pipi mulus. Tengku Azri Danial terkejut. Cepat-cepat dia larikan tangannya. Sejak bila aku ni pandai sentuh anak dara orang?
“Awak?” Anak mata masih pada seraut wajah. Diam, tiada riaksi dari budak tu. Tengku Azri Danial mendengus geram. Alahai, kau tak sedar la pulak. Memang menduga iman betul. Dia gigit bibir.
“Awak?” Sedikit tegas suaranya.
“Hmm” Gadis tu menggeliat kecil.
Hai la cantik, bangun la. Aku tak tahan dah ni tengok kau. Kan dekat sini juga aku makan kau! Istigfar dalam hati. Tengku Azri Danial mengusap-usap dadanya.
“Awak?” Bahu di cuit perlahan.
“Errmm..” Dia mengiring menghadap Tengku Azri Danial.
“Sayang, bangun la” Pakai psikologi nak kejutkan dia ni.
“Hmm..” Mata di buka perlahan. Tengku Azri Danial memegang pipi budak tu. Geram sangat tengok pipi putih gebu dia ni. Tak marah pula aku pegang. Panggil sayang terus buka mata. Sengih, nakal kau Tengku Azri Danial!
“Saya kat mana ni?” Bergetar suara comel tu.
Datin Syarifah Akiah menuntun gadis tu ke bilik yang di sediakan. Terkejut si ibu bila anaknya bawak balik anak dara orang, dah la lesap dari petang tengah malam baru balik. Risau ni tuhan je yang tahu. Sudahnya, pukul 11 malam baru anaknya balik. Dengan anak dara pulak tu!
“Awak nama apa?” Si ibu tu merenung gadis di depan.
“Saya tak ingat untie” Dia pegang kepala yang sedikit pening tu. Aku ada kat mana ni? Siapa aku? Siapa pula orang tua ni? Ya Allah! Tolonglah aku.
Tengku Azri Danial masuk. “Brain haemorrhage ma. Dia tak ingat pape” senyuman terukir di bibirnya.
“Kesiannya awak sayang” Pipi gadis tu di sentuh. Dia rindu anak perempuannya.
Tengku Azri Danialn pandang budak tu. Senyum tak lekang di bibir. Beg sandang budak tu dipegangnya. Dia duduk betul-betul depan budak tu. Beg itu diserahkan kepada Datin Syarifah Akiah. Nasib baik semua barang ada. Tengku Azri Danial terkejut apabila mengetahui budak itu sama umur dengannya bila tengok kad pengenalan budak itu. Nama pun cantik, Nurul Ariana Haffa. Ingatkan baru darjah 6.Kecik molek je badan dia ni. Nama ayah dia macam pernah aku lihat. Tapi kat mana??
“Saya panggil awak Haffa boleh?” Tengku Azri Danial pandang tepat ke mata si gadis comel tu.
“Awak sape?” Alahai, suara. Lembut..
“Err..” Terkedu Tengku Azri Danial. Mata mereka bertentangan, lama…
Datin Syarifah Akiah tersenyum. “Haffa panggillah anak mama ni Abang, walaupun kamu berdua ni sama umur, tak salah kamu memanggilnya dengan panggilan Abang. Sebab antara kamu berdua, si Ayie ni yang lahir dulu. Manis sikit, sejuk je dengar, ye tak Ayie?” Datin Syarifah Akiah menguji anaknya.
Bulat mata Tengku Azri Danial memandang mamanya. “Maa!!” Dia malu sendiri. Bibirnya dijuihkan. Tergelak Datin Syarifah Akiah. Haffa senyum riang. “Abang Ayie” Manja suara budak tu.
Tengku Azri Danial terdiam. Dahi berkerut seribu. Abang…. “Errr, ma? Am dengan Lan dah balik ke?” Lupa pula akan dua orang rakannya tadi.
“Mereka dah balik pun sayang.” Lepas saja dengar jawapan mamanya itu, Tengku Azri Danial bangkit dan
keluar dari bilik tetamu. Langkah di atur ke bilik, nak mandi. Melekit seluruh tubuh.
Dia ke beranda rumah. Haffa... Dari tadi lagi nama tu terlintas di fikirannya. Nafas di hela berat. Takan aku dah sangkut kot? Haih.. Tak mungkin la. Tubuh di henyak ke kerusi rotan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Handphone di capai. Nombor Adam di cari. Pesanan ringkas dihantar.
“Am?” Sent.
Laju mesej di balas. “Assalamualaikum? Hmm pehal?”
Tengku Azri Danial senyum malu. Susah betul mesej dengan ustaz ni. Tangan laju tekan punat handphone. “Waalaikumusalam, weh thank pasal petang tadi ye!” Minta maaf dulu lebih baik.
“Never mind. Esok aku dok kire! Mung kene belanja aku KFC!” Adam Lufty gelak perlahan. Kacau je Piey ni. Aku nak bermesra dengan si dia pun tak boleh.
Tengku Azri Danial senyum sendiri. Adam ni macam-macam lah. “Ok bro! Err…” Butang send ditekan.
Adam Lufty terdiam sejenak. Pehal pulak mamat tempe ni? Tak sihat ke? Geli hati dia teringat kejadian petang tadi. Wi wow wi wow? Haa.. Haa.. Tak sangka pula dia pandai buat lawak. “Hmmm, bakpe dengan mung ni bro?” laju dibalasnya.
“Cinta tu macam mana?” Tengku Azri Danial gigit jari. Betul ke aku ni?
Tersedak Adam Lufty yang duk minum tea. Mesej itu dibaca lebih sepuluh kali. Aku tak salah baca ni. “Mung demam ke Sultan Mansur Ayie Shah?”
Tergelak Tengku Azri Danial. Daulatnya aku! “Serius la weh!”
“Bakpe mung tanya?” Takan random lagi kot?
Tengku Azri Danial terdiam. Dia tepuk dahi. Aku salah tanya orang! Am mana terror bab cinta ni. Biarlah bantai je. “Tell me bro? Aku confius ni.”
Adam Lufty senyum. Kenapa mamat ni tanya aku? Adakah dia tahu pasal ni? Hmmm senyap dululah. Terlalu awal dia tahu. “Kau in love?” Mesej dihantar laju.
Terkedu Tengku Azri Danial. Handphone di letak tepi. Terdiam sejenak, dia memicit kepalanya. ‘Kau in Love?’ Teringat mesej Adam sebentar tadi. Tidak dibalasnya, terkedu dengan mesej Adam tadi. Dia termenung jauh. Haffa mengiring, tak selesa lah pula. Dia bangkit, langkah di atur ke luar bilik. Sunyi je rumah ni. Memanglah sunyi, semua dah tidur. Aku sorang je yang terkebil-kebil lagi sorang diri. Nurul Ariana Haffa lihat sekeliling, terkedu dia sebentar. Rumah ni mewah, dan ni pertama kali dia jejak kaki ke sini. Atau aku pernah ke sini tapi aku tak ingat ? Langsir tingkap di selak. Lebatnya hujan. Dia senyum manis aku suka hujan. Laju dia keluar, langkah di atur ke beranda rumah.
Tangan kecil tu menadah hujan yang turun. Sesusuk tubuh dari belakang asyik melihat. Senyum memang tak pernah lekang dari bibir tu. Tengku Azri Danial diam, takkan dia tak nampak aku kat sini? Telinga berlagu Winter Sonata. Baru hujan dah hanyut macam ni. Kalau salji macam mana? Tak keruan aku di buatnya!
“Haffa?” Tengku Azri Danial bangkit dari sofa. Tangan mencapai kamera Nikon yang duduk relax atas almari antik rumahnya. Dia pun suka mengambil gambar ketika hujan. Banyak album gambar hujan yang disimpan. Kalau ada masa lapang, dia melukis. Itulah kerja dia.
Cepat gadis tu berpaling. Terkejut Nurul Ariana Haffa apabila Tengku Azri Danial mengambil gambarnya. Ingatkan kilat tadi, nasib baik dia ni jenis yang tak melatah. Terkebil-kebil dia memandang Tengku Azri Danial yang hanya sengih memanjang. Dapat juga aku gambar si Haffa ni. Pakai tudung pula dalam rumah. Tak panas ke?
“Abang Ayie?” Tergagap-gagap Nurul Ariana Haffa. Dia rasa tak selesa, resah gelisah. Haru…..
Tengku Azri Danial angkat muka dari kameranya itu. Abang Ayie.. ? Tengku Azri Danial sengih. Kita sama umur lah cik kak!
“Tak tidur lagi?” Tengku Azri Danial menegur Nurul Ariana Haffa. Kameranya diletakkan atas meja kecil di luar rumahnya.
“Maaf kalau saya ganggu tidur awak, eh abang” Gulp.. Tersasur. Sesuka hati aku je tembak Abang Ayie ni. Siapa aku dalam rumah ini?
“Tak. Abang pun tak ngantuk lagi ni” Terbelit lidah aku nak sebut abang! Hai..la….
“Tapi tak elok kalau anak dara duduk luar rumah pagi-pagi buta ni. Tak manis orang cakap. Orang cakap, bukan Abang Ayie. Kalau Abang Ayie lah, nak je Haffa duk sebelah Abang. Sampai esok pun Abang tak kisah.” Tengku Azri Danial menembak Haffa.
Tertunduk Nurul Ariana Haffa. Malunya, siapa suruh kau keluar sesuka hati saja. Padan muka aku!
“Hmm, Abang Ayie, err.. Haffa.. Masuk dulu ya, sejuklah pula. Assalamualaikum..” Tergagap-gagap Nurul Ariana Haffa. Lembut suaranya. Tengku Azri Danial tersenyum puas. Malu juga kau Haffa.
Handphone bernada. Tengku Azri Danial masuk rumah, pintu dikunci. Langkah di atur laju ke sofa. Handphone dicapai. Am? Hehehe, adakah dia nampak? Kantoi kau lepas ni Ayie. Tengku Azri Danial bermonolog dalam hati. Answer call..
“Assalamualaikum Ayie.” Adam Lufty nak korek rahsia, siapa pula perempuan sebelah Ayie tadi? Takkan sepupu dia pula? Kak Airani?
“Waalaikumusalam.. Weh, aku ngantuk ni, jumpa esok lah. Bye.” Telefon diputuskan,Tengku Azri Danial sengih, nak korek rahsia ka?. Terkebil-kebil Adam Lufty di hujung talian.
“Sengal kau Mamat tempe! Tak pe, esok aku korek rahsia. Ni Adam Lufty anak Adam Mukhriz lah!” Adam Lufty kunci tingkap rumah. Dari tadi dia memerhatikan Ayie. Handphone dia bernada, senyuman terukir. Tak tidur lagi?
“Hello….”
2 Yang Sayang LeRRa:
assalamualaikum.. bila nk ada episod ke 3 dan seterusnya?? huhu.. xsbq dh ni dk tgk.. hehe.. best2
insyaallah ada masa saya letak...
Post a Comment